Utusan Borneo (Sabah)

Dialog permuafaka­tan sebagai proses akhir

Inisiatif Taman-Taman Sabah menyelesai­kan kemelut tuntutan Tanah Adat Pulau Bohey Dulang

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kemelut tuntutan hak tanah adat di Pulau Bohey Dulang atau Taman Marin Tun Sakaran daripada waris asal mendapat perhatian daripada pihak Taman-Taman Sabah.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TamanTaman Sabah Mohd Amin Abd Mem berkata, pihaknya sudah sekian lama berhadapan isu berkenaan tuntutan tanah adat yang sukar diselesaik­an melibatkan soal waris.

“Apa yang berlaku ramai mengaku waris kepada tanah adat ini dan masing-masing dengan bukti tersendiri mendakwa mereka adalah pemilik yang sah.

“Dalam masa yang sama ada pihak lain juga yang menafikan hak waris yang menuntut kerana susur galur keluarga penuntut tidak sahih dan sekali gus mempertika­ikan tuntutan waris,” katanya semasa merasmikan Majlis Dialog Permuafaka­tan Bohey Dulang, di sini semalam.

Beliau berkata penentuan waris ini, Taman-Taman Sabah tidak mendapat satu bentuk kaedah yang boleh diterima pakai. Oleh itu, untuk menyelesai­kan isu waris ini satu jawatankua­sa teknikal yang bergerak khusus memulakan menentukan waris mengikut peraturan Akta Tanah.

“Jawatankua­sa itu nanti akan menyerahka­n senarai nama yang sahih kepada pihak Jabatan Tanah dan Ukur untuk dimasukkan dan didokument­asikan sebagai waris yang sah daripada pulau ini,” katanya.

Mengulas lanjut, majlis ini diadakan untuk menyatakan dan memberitah­u kepada pihak penuntut waris bahawa pihak Taman-Taman Sabah sudah memulakan proses dan Jabatan Tanah dan Ukur juga sudah pun melakukan posisi yang harus mereka lakukan.

“Kita menjangkak­an dalam tempoh dua bulan masalah ini dapat diselesaik­an di peringkat awal dan sekali gus boleh menjernihk­an keadaan terhadap tuntutan ini.

“Majlis permuafaka­tan ini juga merupakan proses akhir yang mana semua pengerusi daripada sembilan pulau akan dilantik dan membentuk jawatankua­sa Lembaga Penasihat Waris untuk membantu menyelesai­kan pencarian waris yang sebenarnya,” katanya.

Menurutnya, setelah proses awal ini diselesaik­an pihak Taman-Taman Sabah bersedia memulakan langkah seterusnya membawa semua waris yang sah untuk membangun tempat-tempat mereka.

“Kita mahu menjadikan Taman Marin Tun Sakaran yang dituntut oleh waris sebagai kawasan pelanconga­n yang mendapat tempat pasaran bukan sahaja di dalam negeri tetapi sehingga peringkat antarabang­sa.

“Percayalah Taman-Taman

Sabah mampu membawa garapan hasrat murni ini untuk masyarakat daerah semporna khususnya,” katanya.

Mengulas mengenai pihak pelabur yang sudah membuat pembanguna­n di kawasan pulau terbabit, beliau berkata Taman-Taman Sabah mengesahka­n bahawa pembanguna­n berkenaan adalah sah dan telah melalui proses permohonan yang betul.

“Cuma permohonan baharu pihak pelabur yang mahu mendirikan pembanguna­n tidak akan diluluskan dan ditangguhk­an untuk sementara sehingga proses penentuan waris diselesaik­an terlebih dahulu.

“Setelah penentuan waris sudah diselesaik­an, pihak Taman-TamanSabah­memastikan waris akan mendapat manfaat daripada pembanguna­n yang sudah dilaksanak­an oleh pihak pelabur di kawasan mereka,” jelasnya.

Beliau juga menyangkal bahawa aduan disuarakan oleh pihak penuntut waris menyatakan pembanguna­n yang sedang dijalankan di pulau berkenaan merupakan kawasan larangan.

“Kajian sudah dibuat sebelum pembanguna­n dibuat dan mendapati ianya tidak akan merosakkan kehidupan marin di kawasan terbabit.

Malah, nelayan juga tidak diganggu dengan pembanguna­n berkenaan kerana mereka masih bebas melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? PEMBANGUNA­N: Pembanguna­n yang sudah dibuat oleh pihak pelabur di kawasan Bohey Dulang.
PEMBANGUNA­N: Pembanguna­n yang sudah dibuat oleh pihak pelabur di kawasan Bohey Dulang.
 ??  ?? WARIS: Amin bersama pewaris semasa majlis permuafaka­tan diadakan.
WARIS: Amin bersama pewaris semasa majlis permuafaka­tan diadakan.
 ??  ?? TEMU RAMAH: Amin semasa sidang media itu.
TEMU RAMAH: Amin semasa sidang media itu.
 ??  ?? SESI DIALOG: Salah seorang waris yang menyoal semasa sesi dialog berlangsun­g.
SESI DIALOG: Salah seorang waris yang menyoal semasa sesi dialog berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia