Utusan Borneo (Sabah)

BARANGAN TIRUAN DIRAMPAS

KPDNHEP Sandakan serbu premis perniagaan, nilai rampasan RM6,328.40

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini berjaya merampas sejumlah 194 unit barang berjenama Adidas yang disyaki tiruan.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan Mohamad Hashim berkata barang rampasan itu terdiri daripada 72 unit selipar jenama Adidas pelbagai warna dan saiz, 91 unit kasut jenama Adidas pelbagai warna dan saiz, lima helai seluar trek jenama Adidas, enam helai jaket jenama Adidas pelbagai warna, 10 helai kemeja-T jenama Adidas pelbagai warna dan 10 biji topi jenama Adidas pelbagai warna.

“Operasi ini dilakukan lebih kurang jam 10 pagi kelmarin (Rabu) di Bandar Sandakan selepas pihak KPDNHEP menerima aduan daripada Randall Gateskill Risk Consultanc­y Sdn Bhd yang merupakan Pemegang Cap Dagangan Jenama Adidas.

“Mereka membuat laporan berhubung terdapat premis-premis yang disyaki menjual barang jenama Adidas yang disyaki tiruan. Nilai rampasan dalam operasi itu adalah sebanyak RM6,328.40.

“Dalam operasi bersama itu juga, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pemilik barangan terbabit telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan KPDNHEP Sandakan di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 8(2)(C) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mendedahka­n untuk pembekalan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan.

Sabit kesalahan bagi pertubuhan perbadanan adalah denda tidak melebihi RM15,000 dan kesalahan kali kedua atau berikutnya tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu.

Manakala, bagi individu pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduany­a. Manakala kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad berkata KPDNHEP Sandakan telah mengadakan pemeriksaa­n di 8,039 premis melibatkan kawasan bandar dan luar bandar bagi tempoh Januari hingga 6 November ini.

Bagi tempoh itu, sebanyak 165 kes pelbagai akta dan kesalahan dengan nilai rampasan RM235,170.17 dan kompaun RM125,100 telah direkodkan bagi tahun semasa 2019.

Ia termasuk kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 (67 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 (29 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (11 kes), Akta Timbang dan Sukat 1972 (52 kes), Akta Hak Cipta 1987 (1 kes) dan Akta Perlindung­an Pengguna 1999 (5 kes).

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Mohamad (dua kiri) ketika sesi sidang media mengenai operasi dan rampasan barang berjenama disyaki tiruan.
SIDANG MEDIA: Mohamad (dua kiri) ketika sesi sidang media mengenai operasi dan rampasan barang berjenama disyaki tiruan.
 ??  ?? RAMPAS: Pelbagai barang jenama Adidas disyaki tiruan yang dirampas menerusi operasi bersama itu.
RAMPAS: Pelbagai barang jenama Adidas disyaki tiruan yang dirampas menerusi operasi bersama itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia