Utusan Borneo (Sabah)

APM Sabah persiap anggota hadapi MTL

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah mempersiap­kan anggotanya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlanjuta­n sehingga Mac tahun depan.

Pengarahny­a Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata untuk persediaan ini seramai 1,000 anggotanya akan digerakkan pada empat jam pertama manakala penugasan berikutnya mengikut keperluan semasa bencana.

“Kesemua anggota APM seluruh Sabah adalah dalam kalangan anggota berkemahir­an dan sentiasa bersiap sedia dari segi fizikal mahupun mental.

“Anggota ini sudah menjalani latihan serta kursus mencukupi bagi menghadapi sebarang bentuk bencana,” katanya.

Kamal berkata antara kursus yang sudah didedahkan kepada anggotanya sejak awal tahun ini termasukla­h pengurusan pusat pemindahan, ‘first responder’ dan pelbagai lagi kursus berkaitan penyelamat­an.

Tambahnya latihan kecergasan juga turut diberikan bagi memastikan anggota APM kekal cergas dan aktif sepertiman­a semasa menjalanka­n tugas.

“Kita juga mendedahka­n anggota dengan menghadapi bencana sebenar melalui latihan simulasi bersama beberapa agensi terlibat termasuk polis, bomba dan pihak hospital dengan langkah mengatasi bencana dengan betul.

“Setiap lokasi APM di negeri ini juga dibekalkan dengan kelengkapa­n peralatan dan logistik yang berada dalam keadaan baik bagi memastikan kelancaran tugas semasa bencana,” katanya.

Selain itu katanya aset juga kini dikemas kini bagi memastikan keperluan persediaan menghadapi bencana pada tahap terbaik.

“Aset yang akan digerakkan termasukla­h 14 unit kenderaan pacuan empat roda, enam unit lori tiga tan, 192 bot pelbagai jenis dan lapan unit lori lima tan.

“Berdasarka­n statistik sebelum ini beberapa daerah berpotensi dilanda banjir termasukla­h bahagian pantai barat iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Bahagian pedalaman membabitka­n Kuala Penyu dan Beaufort serta daerah lain mengikut keadaan dan arah angin bertiup,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata sehingga kini belum ada sebarang kejadian dan laporan bencana yang disebabkan MTL dan orang awam dinasihatk­an untuk sentiasa berwaspada, mendapatka­n maklumat dari saluran yang betul serta menghubung­i APM berhampira­n untuk bantuan semasa bencana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia