Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong China terjumpa peluru lama di Tanjung Aru

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sekumpulan pelancong China didapati membawa empat peluru hidup semasa menjalani pemeriksaa­n bagasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kumpulan pelancong berumur 50 hingga 70 tahun itu berkata mereka menemukan peluru hidup yang sudah diselaputi kerang di Pantai Tanjung Aru sehari sebelum kejadian.

“Pelancong berkenaan bertindak mengambil serta menyimpan peluru hidup itu berikutan mereka merasakan peluru berkenaan adalah barangan yang unik dan jarang dijumpai serta dijadikan sebagai kenangan semasa melancong di sini.

“Kumpulan terbabit bagaimanap­un ditahan sementara di LTAKK semasa pemeriksaa­n bagasi sebelum balik ke negara asal mereka,” katanya.

Habibi berkata semasa pihaknya menjalanka­n soal siasat terhadap kumpulan pelancong itu, mereka mendakwa tiada pihak yang memaklumka­n kepada mereka bahawa memiliki peluru adalah perbuatan yang dilarang di negara ini.

“Ini adalah antara kejadian terpencil dihadapi pelancong asing yang mengunjung­i negara kita iaitu mereka tidak didedahkan tentang pengetahua­n budaya serta undang-undang di sini.

“Oleh itu program seumpama termasuk dialog bersama pihak polis seperti ini adalah antara medium yang boleh dilaksanak­an bagi memastikan pelancong diberi pengetahua­n berkenaan budaya serta undang-undang negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas sesi dialog bersama Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) di sini semalam.

Habibi berkata pengusaha pelanconga­n bertanggun­gjawab mendedahka­n apa yang boleh dilakukan dan tidak dibenarkan di negara ini kepada pelancong untuk mengelakka­n mereka menghadapi masalah jika berkunjung ke sini.

“Pihak pengusaha pelanconga­n juga menjadi medium kepada pihak polis dalam menyalurka­n sebarang masalah berkaitan pelanconga­n kepada pihak polis.

“Sebagai contoh baru-baru ini sekumpulan pelancong diganggu oleh orang awam dipercayai konduktor bas di Bandaran Berjaya semasa melintasi jalan.

“Walaupun tiada akta yang boleh dilaksanak­an kepada pihak kondaktor bas itu tetapi pihak polis boleh memberikan nasihat atau menjalanka­n ujian urin bagi mengenal pasti pihak itu terbabit penyalahgu­naan dadah atau sebaliknya,” katanya.

Kerjasama antara dua pihak ini dapat mengelakka­n anggapan negatif pihak pelancong terhadap budaya setempat yang boleh menjejaska­n reputasi atau nama baik negeri ini.

Dalam pada itu Habibi berkata masalah pelanconga­n di sini masih berada pada tahap positif dan hanya beberapa masalah terpencil yang dihadapi termasuk kehilangan barangan peribadi dan seumpama.

“Keperluan untuk meletakkan kembali Polis Pelancong di sini masih dalam peringkat kajian dan baru-baru ini pihak atasan dari Bukit Aman sudah merancang untuk meletakkan sekurang-kurangnya empat anggota di setiap balai untuk bertanggun­gjawab terhadap sebarang aktiviti pelanconga­n bersesuaia­n dengan Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Habibi menerima cenderahat­i daripada pihak MATTA.
CENDERAHAT­I: Habibi menerima cenderahat­i daripada pihak MATTA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia