Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, sekolah perlu proaktif

Untuk semai budaya kecemerlan­gan pendidikan pelajar

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ibu bapa perlu terus memainkan peranan secara aktif bersama pihak sekolah dalam menyemai dan menerapkan budaya kecemerlan­gan pendidikan kalangan murid.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Arifin Asgali berkata, sekiranya budaya kecemerlan­gan menjadi amalan murid di sekolah, beliau yakin semua sekolah akan terus menikmati kejayaan demi kejayaan.

Katanya, perkara seumpama itu yang amat diperlukan bagi menjayakan Transforma­si Sekolah 2025 yang berobjekti­fkan kepada kemenjadia­n murid dan sekolah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan

(SRK) Sung Siew 2019 di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Sekong Mohd Nazir Nurasda.

Hadir sama, wakil Lembaga Pengurusan Sekolah Alex Pang Tow Keong dan Guru Besar Chin Shoon Yuen.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata ia merupakan acara untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalk­an sekolah rendah bagi meneruskan pendidikan ke sekolah menengah.

Katanya, majlis seumpama menggambar­kan betapa mesra dan prihatinny­a pihak sekolah serta ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap budaya pendidikan yang mementingk­an pengiktira­fan kepada murid melalui pelbagai aktiviti sekolah.

Jelasnya, acuan gagasan pendidikan seumpama seharusnya menjadi amalan dan budaya bukan sahaja kepada warga SRK Sung Siew, malah kepada semua sekolah kerana ia mampu membawa keharmonia­n dan kesejahter­aan rakyat dan negara.

“Ini kerana pendidikan sememangny­a merupakan wahana penting yang mampu memacu kemajuan serta pembanguna­n bangsa dan negara. Justeru, komitmen inilah akan terus dilaksanak­an oleh kerajaan demi memastikan semua murid di negeri ini dapat menikmati manfaat hasil daripada dasar pendidikan yang dibawakan oleh kerajaan,” jelasnya.

Beliau berharap ibu bapa dan warga pendidik di sekolah itu akan terus bersatu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajar­an secara lebih berkualiti.

 ??  ?? RAI: Majlis Konvokesye­n SRK Sung Siew yang meraikan murid Tahun 6.
RAI: Majlis Konvokesye­n SRK Sung Siew yang meraikan murid Tahun 6.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia