Utusan Borneo (Sabah)

Program Kasih dan Peduli Warga Tua

Azhar sampaikan bantuan kepada warga tua, fakir miskin dan anak yatim di KRT Kg Warisan

-

KOTA KINABALU: KRT Kampung Warisan 1 Inanam berjaya mengadakan Program Kasih dan Peduli Warga Tua di Dewan Bakti Ikhlas Kampung Warisan di sini petang kemlarin.

Program itu dirasmikan Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Haji Azhar Datuk Haji Matussin.

Dalam program itu, beliau menyampaik­an bantuan kepada seramai 40 orang penerima terdiri daripada warga tua, balu, fakir miskin dan juga anak-anak yatim di kawasan KRT Kg. Warisan.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, beliau memaklumka­n bahawa banyak lagi kawasan-kawasan di bawah kawasannya yang belum digazetkan perkampung­an dan masih duduk di tanah rizab kerajaan.

Beliau akan berusaha dan meminta supaya pemimpinpe­mimpn setempat di kawasan yang berkenaan dapat membantu beliau dalam usaha berkenaan.

Sejurus selepas majlis perasmian Azhar turut mengadakan lawatan ke rumah pesakit strok Ibnul Balaji di rumah kediamanny­a di Lorong 12 Kg. Warisan dan menyampaik­an bantuan kepada pesakit berkenaan.

Semasa lawatan itu beliau diiringi oleh Setiausaha Perhubunga­n Rusli Manaf dan Pemaju Mukim Parlimen Sepanggar Elyantie Anuar dan juga Pengerusi Pelaksana program Basri Hj. Incialang yang juga pengerusi KRT di kawasan itu.

Azhar turut memuji Ahli Jawatankua­sa KRT Kg. Warisan 1 di atas segala usaha dan sumbangan dalam merealisas­ikan aktiviti yang melibat penduduk di kawasan itu.

Beliau berharap supaya program seperti ini diteruskan bagi mendekati masyarakat dan penduduk kampung di kawasan itu bagi mendapatka­n maklumat yang berkaitan permasalah­an yang dihadapi mereka.

Pengerusi KRT Kg. Warisan 1 Basri, dalam ucapannya di majlis itu memaklumka­n bahawa program ini diadakan bertujuan mendekati dan membantu golongan bukan sahaja wargatua tetapi juga kepada golongan fakir miskin dan anak yatim di kawasan KRT.

Selain itu, ia dapat melahirkan semangat kasih dan peduli yang tinggi kepada golongan ini.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n kepada YB Azhar yang sentiasa menyokong dan merupakan penyumbang utama dalam membantu menjayakan program KRT di kawasan ini.

Basri turut mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah (JPNIN) yang sentiasa memberi sokongan kepada setiap aktiviti yang dirancang oleh KRT.

Sejurus selepas itu, Pegawai

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah Masri Rayner dalam ucapannya meminta supaya warga KRT dapat membantu pemimpin di kawasan ini bagi mengenalpa­sti permasalah­an akar umbi yang dihadapi di kawasan KRT dan menyalurka­n maklumat kepada pemimpin supaya mereka yang memerlukan dapat dibantu dengan segera.

Katanya, dengan mewujudkan kerjasama di antara pemimpin dan KRT akan membawa kepada pembanguna­n kepada komuniti setempat.

Antara yang hadir dalam majlis itu, Setiausaha Perhubunga­n Pembantu Menteri Rusli Manaf, Pemaju Mukim Kawasan Parlimen Sepanggar Elyantie Anuar, Ketua Kampung Kalansanan Janain Zainin, Pengerusi Jawatankua­sa Masjid al-Muhajirin Kampung Warisan Haji Ahmad Asoi.

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM: Gambar kenangan ahli-ahli KRT Warisan 1 bersama Azhar sempena majlis perasmian program ‘Kasih dan Peduli Wargatua’.
ALBUM: Gambar kenangan ahli-ahli KRT Warisan 1 bersama Azhar sempena majlis perasmian program ‘Kasih dan Peduli Wargatua’.
 ??  ?? SERAH BANTUAN: Azhar (tengah) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima, Raimah@ Dayang Hj. Hussin sempena majlis itu.
SERAH BANTUAN: Azhar (tengah) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima, Raimah@ Dayang Hj. Hussin sempena majlis itu.
 ?? DAPAT SAMBUTAN: Peserta dart menerima hadiah daripada Junid. ??
DAPAT SAMBUTAN: Peserta dart menerima hadiah daripada Junid.
 ??  ?? HADIAH: Salah seorang peserta menerima hadiah daripada Junid.
HADIAH: Salah seorang peserta menerima hadiah daripada Junid.
 ??  ?? LAWAT: Azhar (tengah) semasa melawat salah seorang pesakit strok Ibnul Balaji yang terlantar di rumah kediamanny­a di Lorong 12 Kg. Warisan dan menyampaik­an bantuan kepada pesakit berkenaan.
LAWAT: Azhar (tengah) semasa melawat salah seorang pesakit strok Ibnul Balaji yang terlantar di rumah kediamanny­a di Lorong 12 Kg. Warisan dan menyampaik­an bantuan kepada pesakit berkenaan.
 ??  ?? BERBUAL: Rusli berbual dengan pesakit buah pinggang Tan Diman di kediamanny­a di lorong 9 Kg. Warisan dan menyampaik­an bantuan kepada pesakit bekenaan diiringi Pengerusi KRT Basri Hj Incialang dan Bendahari KRT Tumin Palalun serta Hafsah Yasin.
BERBUAL: Rusli berbual dengan pesakit buah pinggang Tan Diman di kediamanny­a di lorong 9 Kg. Warisan dan menyampaik­an bantuan kepada pesakit bekenaan diiringi Pengerusi KRT Basri Hj Incialang dan Bendahari KRT Tumin Palalun serta Hafsah Yasin.
 ??  ?? TAHNIAH: Junid menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta.
TAHNIAH: Junid menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia