Utusan Borneo (Sabah)

Waris sambut baik kesediaan Taman-Taman Sabah tangani kemelut tuntutan tanah adat

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Waris menyambut baik kesediaan Taman-Taman Sabah menangani kemelut tuntutan Tanah Adat Pulau Bohey Dulang yang sekian lama dinantikan oleh penuntut waris.

Jawatankua­sa Lembaga Penasihat Waris yang ditubuhkan untuk mencari wariswaris yang sah merupakan inisiatif yang sedang dibuat oleh pihak Taman-Taman Sabah.

Pengerusi Lembaga Penasihat Waris yang baru dilantik, Abdul Hussin Kiamsin, 57, berkata penantian daripada tahun 90-an dalam menyelesai­kan masalah tuntutan waris yang sah dilihat mampu mengembali­kan sinar harapan kepada pihak waris.

“Sebenarnya sudah ramai pejuang-pejuang yang terdahulu memulakan proses tuntutan ini dan semuanya menemui jalan buntu kerana proses yang dilalui sangat rumit.

“Saya merupakan generasi ketiga yang berusaha meneruskan tuntutan ini dan sebelumnya sudah pernah memulakan proses untuk meneruskan tuntutan ini sejak daripada 2004 lagi tetapi terhenti kerana banyak kekangan yang terpaksa dilalui,” katanya semasa ditemui media.

Beliau berkata, dengan adanya inisiatif terbaharu yang dibuat oleh TamanTaman Sabah membuatkan kami sebagai waris menyambung semula tuntutan secara serius.

“Lantikan saya sebagai pengerusi untuk mengetuai tuntutan ini akan berusaha supaya semua nama-nama pewaris yang sah tidak akan tercicir.

“Fasa pertama pihak saya akan lakukan mencari wariswaris sah yang semuanya sudah berpindah ke tanah besar Semporna dan daerah-daerah lain,” katanya.

Katanya, kriteria yang mengesahka­n waris adalah sah hendaklah semua waris yang memohon mempunyai bukti, salah satunya kebun, kuburan keluarga waris dan keluarga yang masih ada pada hari ini.

Mengulas lanjut, kerja-kerja mencari waris sah ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana waris sah juga masih berada di sekitar daerah Sabah dan pulau-pulau yang berhampira­n.

“Saya menjangkak­an dalam dua bulan, kita sudah mendapat senarai nama waris sah untuk dibawa kepada TamanTaman

Sabah dan pihak Jabatan Tanah dan Ukur.

“Sebelum senarai nama waris diserahkan kepada pihak berwajib, kita akan mengadakan satu mesyuarat khas dengan semua waris yang tersenarai,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada masa akan datang setiap pembanguna­n yang ingin dibuat di kawasan tanah adat itu perlu mendapat izin dan perbincang­an daripada waris.

“Kita mahukan semua pembanguna­n yang dilaksanak­an oleh pihak pelabur harus ada manfaat yang akan diperolehi oleh pihak waris,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia