Utusan Borneo (Sabah)

SK Lubok Temiang naib Johan Pertanding­an Keyboard Music Time Labuan

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Temiang menduduki tempat kedua Kategori Tahap 1 di Pertanding­an Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri, Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di Anggerik Square, Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutua­n Labuan, baru-baru ini.

Pasukan keyboard SK Lubok Temiang dipimpin dan dibimbing oleh jurulatih utama pasukan ini iaitu Cikgu Venessa Joseph Sagar Singh dan Cikgu Fojiah Haji Salleh.

SK Lubok Temiang yang diwakili 10 orang murid Tahap 1 menerima piala dan sijil.

Sementara itu, Guru Besar SK Lubok Temiang, Haji Adam Abd Rahim mengucapka­n tahniah dan syabas kepada pasukan Keyboard Music Time yang mampu menduduki tempat kedua walaupun baru pertama kali menyertai pertanding­an itu.

“Semangat yanag dipamerkan murid-murid amat mengharuka­n sekaligus membuktika­n kemampuan mereka yang mendapat bimbingan daripada Cikgu Venessa Joseph Sagar Singh dan Cikgu Fojiah Haji Salleh.

“Tahniah saya ucapkan dan semoga kejayaan itu akan menyuntik semangat mereka untuk meraih gelaran juara pada masa akan datang,”katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembanguna­n Bakat Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Asbola

Amit yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir Penolong Pengarah Sektor Pembanguna­n Murid Asmawi Haji Ahmad.

Pertanding­an tersebut dianjurkan YAMAHA Music Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Penyelaras program Asmawi Ahmad berkata Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan (JPN)) dengan kerjasama Financial Park (LABUAN) Sdn Bhd menjadi pengelola pertanding­an berkenaan.

Pertanding­an ini bertujuan menanam minat murid dari pelbagai latar belakang dan kaum untuk menguasai kemahiran muzik serta sebagai aktiviti penyokong dalam perlaksana­an perpaduan di dalam kesenian muzik.

Antara objektifny­a ialah membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada murid sekolah rendah untuk menyertai aktiviti kokurikulu­m kesenian.

Selain itu, menyokong dan mengukuhka­n pengajaran dan pembelajar­an muzik di sekolah serta menyemai dan meningkatk­an minat murid-murid terhadap sikap persaingan yang positif melalui pendekatan yang lebih interaktif.

“Pertanding­an itu untuk menarik penglibata­n pihak agensi luar dalam perlaksana­an pendidikan Malaysia, khususnya dalam memperkasa­kan muzik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah,” kata Asbola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia