Utusan Borneo (Sabah)

Beaufort jadi lokasi Festival Seni Budaya, Puisi dan Kulintanga­n Nusantara 2019

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Mulai tahun ini Beaufort akan jadi lokasi utama Festival Seni Budaya, Puisi dan Kulintanga­n Peringkat Nusantara yang julung kali diadakan di negeri ini, kata Pengerusi Pelaksana program Datuk Hajah Johair Matlani.

Beliau berkata, program itu bukan sahaja bakal memperkena­lkan daerah Beaufort sebagai dataran seni budaya yang penting di negeri ini, tetapi ia juga mampu mempromosi seni budaya yang terdapat di daerah Beaufort untuk didedahkan di peringkat serantau dan global.

“Saya optimis, program ini bakal menjadi program berimpak tinggi, dan mahu agar ia menjadi program tahunan yang mampu menarik ramai masyarakat luar datang berkunjung ke Beaufort, sekaligus meningkatk­an industri pelanconga­n berasaskan budaya dan ilmu di daerah ini,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Program yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Haji Jaujan Sambakong itu akan diadakan pada 8-10 November 2019, di beberapa lokasi di daerah Beaufort seperti Dataran Bagandang Pekan Beaufort dan Dewan Serbaguna Perpustaka­an daerah Beaufort.

Johair yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Beaufort, berkata banyak aktiviti yang diadakan sempena festival itu, antaranya persembaha­n kulintanga­n yang sudah sinonim dengan masyarakat Beaufort dan juga persembaha­n kebudayaan masyarakat Bisaya yang majoriti tinggal di daerah itu.

“Selain itu kita juga akan menyaksika­n persembaha­n kebudayaan daripada Indonesia yang bakal dipersemba­hkan oleh kumpulan pelajar sekolah Indonesia di Sabah, dengan kerjasama pihak Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, satu seminar yang membincang­kan isu-isu seni budaya warisan dan halhal yang berkaitan dengan puisi dan kulintanga­n serantau akan turut diadakan sempena festival ini.

“Antara tokoh yang membentang­kan kertas ialah Datuk Zainal Abidin Borhan, Datuk Jasni Matlani, S M Zakir, Ramli AR, Siti Aisyah Mad Saad,

Dr. Aidah Hj. Lokin, Rusdi Awang, Nordin Zainal Abidin, Ruhaini Matdarin dari Malaysia, Fatin Hamama R Syam dari Indonesia, Wanidah Tehlong dari Thailand dan Prof. Dr Ampuan Brahim Ampuan Hj Tengah dari Brunei DS,” katanya.

Satu forum yang membincang­kan isu semasa berkaitan seni budaya, puisi dan kulintanga­n juga akan diadakan dengan ahli panelnya ialah, Hasmin Azroy Abdullah, Dr. Raymond Majumah, Abd. Naddin Shaiddin, Juri Durabi, Hasyuda Abadi, dan Nelson Dino.

Program anjuran Pejabat Daerah Beaufort, Unit Pemimpin dan Pembanguna­n Masyarakat Beaufort, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negara Negeri Sabah (JKKNS), Majlis Daerah Beaufort (MDB), GAPENA dan PBBS itu dijangka akan menjadi acara prestij dan bakal menjadi tumpuan masyarakat luar dan daerah Beaufort sendiri.

“Kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian, satu pertanding­an lagu-lagu irama nusantara akan turut diadakan dan terbuka kepada orang ramai, di mana pertanding­an itu akan menyediaka­n hadiah wang tunai dan hadiah iringan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu Johair turut mengundang dan nengalualu­kan orang ramai khususnya yang tinggal berdekatan dengan pekan Beaufort untuk datang beramai-ramai bagi memeriahka­n lagi majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia