Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran Produk Usahawan Untuk Pelanconga­n, Pertanding­an Peragaan Busana Etnik pada 18 Disember

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Lebih 400 usahawan akan berkumpul pada Program Pelancaran Produk Usahawan Untuk Pelanconga­n serta Pertanding­an Peragaan Busana Etnik Dan Kontempora­ri 2019 yang akan berlangsun­g di Sabah Hotel di sini pada 18 Disember depan.

Bertemakan ‘Keusahawan­an dan Kebudayaan Pemangkin Kepada Pelanconga­n Lestari’, program itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Pengerusi Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (PIKS) Daerah Beluran Nuralizah Lee Abdullah berkata, program itu adalah anjuran PIKS dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Katanya, PIKS mengambil inisiatif itu kerana menyedari produk pelanconga­n seiring dengan budaya serta warisan adalah segmen yang berkembang pantas dalam pasaran semasa yang mana permintaan untuk produk seumpama semakin berkembang.

“Objektif utama penganjura­n program ini adalah untuk memajukan lagi produk pelanconga­n tempatan dan seni budaya tempatan sebagai pemangkin kepada pelanconga­n lestari.

“Program serampang dua mata ini amat penting untuk rakyat tempatan dan pelancong bagi mengetahui dengan lebih lanjut produk tempatan yang unik dan berkualiti.

“Usahawan di Sabah harus menjadikan produkprod­uk yang tersedia dan program-program promosi pelanconga­n yang diadakan sebagai satu nilai tambah dalam menerokai seluasnya peluang dalam sektor pelanconga­n,” katanya dalam satu sidang media di Sandakan, semalam.

Acara kemuncak program itu adalah Pertanding­an Busana Budaya yang dijangka akan disertai lebih dari 30 etnik di Sabah dan pemilihan produk pelanconga­n Sabah untuk dipromosik­an di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata program itu bertujuan mengetenga­h, mengembang dan mempromosi­kan produk pelanconga­n dari Beluran selain Sandakan dan Kinabatang­an.

Selain itu, katanya program juga bertujuan memperkena­l busana budaya dari pelbagai kaum dan etnik kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing.

Jelasnya, kedua-dua tujuan berkenaan adalah selaras dengan Kempen Melawat Malaysia Tahun 2020.

Dalam masa yang sama, katanya program itu juga akan memberi kesedaran kepada generasi masa hadapan berkenaan polemik keusahawan­an sebagai kepelbagai­an budaya serta mengetenga­hkan budaya dan kesenian etnik Sabah agar tidak hilang begitu sahaja.

Katanya, program juga bertujuan mempromosi busana budaya etnik di sektor pelanconga­n melalui penerbitan risalah-risalah yang mengandung­i maklumat mengenai busana budaya tempatan selain memperkena­lkan sabahBiz.com, sebagai portal pemasaran usahawan di Sabah.

 ??  ?? Barisan jawatankua­sa penganjur bagi Program Pelancaran Produk Usahawan Untuk Pelanconga­n serta Pertanding­an Peragaan Busana Etnik dan Kontempora­ri 2019.
Barisan jawatankua­sa penganjur bagi Program Pelancaran Produk Usahawan Untuk Pelanconga­n serta Pertanding­an Peragaan Busana Etnik dan Kontempora­ri 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia