Utusan Borneo (Sabah)

Perbadanan Labuan diminta rasional kenaikan kadar cukai harta

- Oleh Henry Bating SIMSUDIN

LABUAN: Kenaikan kadar cukai bangunan yang diunjurkan Perbadanan Labuan mula 2020 amat membebanka­n sektor pemilik harta individu dan komersil justeru perlu dirasional­isasi melalui penubuhan jawatankua­sa rayuan.

Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Ketua Cabang PKR Labuan Simsudin Sidek berkata, kenaikan itu yang dibuat secara mendadak akan membebanka­n rakyat kerana perlu membayar cukai tinggi di samping kos sara hidup yang kian meningkat.

“Kenaikan cukai yang dicadangka­n perlu melihat realiti sebenar kehidupan majoriti penduduk Labuan dan bukan berdasarka­n statistik pendapatan per kapita semata-mata,” katanya.

Menurut Simsudin perangkaan rasmi yang menyatakan pendapatan per kapita setiap keluarga penduduk Labuan sebanyak RM10,000 sebulan tersasar jauh dari realiti kehidupan rata-rata penduduk di Labuan.

Beliau menegaskan faktor kehidupan umum penduduk Labuan perlu diambil kira termasuk melihat statistik kadar penganggur­an dan peluang pekerjaan yang semakin terhad.

Sumber yang dibentangk­an kepada Unit Perancanga­n Ekonomi menyatakan Labuan mencatat kadar penganggur­an 5.1 peratus tahun 2014 dan meningkat 5.5 peratus tahun berikutnya.

“Tafsiran yang dibuat harus mengambil kira keadaan sebenar penduduk tempatan di pulau ini yang majoritiny­a adalah kurang mampu,” katanya.

Berkaitan cadanganny­a menubuhkan jawatankua­sa rayuan, Simsudin berharap jawatankua­sa itu perlu melibatkan pelbagai pihak termasuk penduduk, badan bukan kerajaan dan sektor yang menerima kesan dari penilaian itu.

Mengikut cadangan penilaian itu, terdapat pemilik rumah persendiri­an yang jika kadar berkenaan diluluskan bakal membayar kenaikan kadar cukai baharu sehingga hampir 300 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia