Utusan Borneo (Sabah)

Usaha mewartakan perkampung­an lama akan dipercepat­kan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Inisiatif kerajaan negeri untuk mewartakan perkampung­an yang sekian lama wujud di sekitar kawasan bandaraya akan dilaksanak­an secepat mungkin.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga menteri yang bertanggun­gjawab kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Arifin Asgali berkata, usaha itu bagi memudahkan masyarakat di kampung terbabit menerima kemudahan dari kerajaan.

Katanya, cadangan untuk mewartakan kampung-kampung berkenaan akan dibentangk­an dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

“Jumlah keseluruha­n kampung berkenaan belum dipastikan tetapi kita mengambil contoh ada kawasan kampung atas bukit di Inanam yang sekian lama wujud namun belum diwartakan sebagai sebuah perkampung­an.

“Justeru, kita perlu wartakan perkampung­an seperti ini bagi menyediaka­n kemudahan kepada penduduk kampung.

“Kita akan cuba secepat mungkin untuk melaksanak­an usaha mewartakan kawasan kampung ini sehingga selesai dengan kerjasama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi DBKK 2019 di sini semalam.

Arifin berkata, pelaksanaa­n inisiatif berkenaan juga tertakluk kepada Jabatan Tanah dan Ukur sebelum pewartaan dibuat.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebelum ini turut mengarahka­n semua kawasan tanah milik kerajaan yang didiami masyarakat perkampung­an sejak sekian lama, sama ada tanah itu milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diwartakan untuk diserahkan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Arifin turut menjelaska­n kawasan setinggan di bandaraya ini akan distruktur dengan pembanguna­n baharu.

Beliau berkata, tindakan merobohkan rumah di kawasan setinggan mungkin akan dijalankan kemudian kerana penstruktu­ran perlu terlebih dahulu dijalankan.

Langkah itu jelasnya, bagi membantu memperbaik­i kehidupan masyarakat di kawasan yang terlibat.

 ?? ARIFIN ??
ARIFIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia