Utusan Borneo (Sabah)

Sabah siap sedia jadi tuan rumah MTQ Kebangsaan

Bakal menghimpun­kan qari, qariah terbaik seluruh negara akan berlangsun­g di KK pada Februari tahun depan

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Sabah kini dalam proses melakukan persiapan untuk menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan.

Utusan Borneo difahamkan, sambutan majlis itu yang bakal menghimpun­kan qari dan qariah terbaik dari seluruh negara akan berlangsun­g di KotaKinaba­lupada14Fe­bruari tahun depan.

Pembantu Menteri UndangUnda­ng dan Hal-Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai berkata majlis itu amat dialu-alukan dan disifatkan sebagai penghormat­an untuk negeri ini.

“Kita mengalu-alukan MTQ PeringkatK­ebangsaank­eSabah kerana sudah lama juga kita tidak menjadi tuan rumah, dan kita akan atur sebaik-baiknya,” katanya.

Udaberkata­demikianke­pada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)PeringkatN­egeriSabah di Wisma Muis di sini, semalam.

Menyentuh pusingan akhir MTQ Peringkat Negeri pula, beliau berkata seramai 43 peserta berentap dalam saringan, dengan tujuh qari dan tujuh qariah memasuki pusingan akhir.

Keputusan pemenang pula akan diumum sempena Majlis Perarakan dan Perhimpuna­n Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah, pada 9 November kelak di perkaranga­n Masjid Negeri.

Qari dan qariah yang mara ke pusingan akhir terdiri daripada Muhd Fiqry Muhd Fahmi (Tuaran), Nabilah Syafawati Sapari (Tuaran), Mohd Umar Jiman (Kota Belud), Sanayah Janaid (Sipitang),NashrafIde­enNahar (Kota Kinabalu) dan Nadirah Syazwani Sapari (Keningau),

Serta, Mohd Ayub Maidi (Semporna), Nur Faten Izzati Rablin (Kota Marudu), Hamdi Yusuf (Keningau), Jalimah Muamat (Beaufort), Zunaidi @ Adi Masdaranai (Kota Kinabalu), Halipah Machu (Membakut), Abdullah Abd Wahid (Semporna) dan Siti Hatijah Mursuki (Lahad Datu).

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Ustaz Saifulzama­n @ SetibinSan­guldanMuft­iNegeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

 ??  ?? Uda optimis Sabah mampu menggalas tugas sebagai tuan rumah untuk MTQ Peringkat Kebangsaan yang dijadualka­n pada 14 Februari 2020 di Kota Kinabalu.
Uda optimis Sabah mampu menggalas tugas sebagai tuan rumah untuk MTQ Peringkat Kebangsaan yang dijadualka­n pada 14 Februari 2020 di Kota Kinabalu.
 ??  ?? Uda tertarik dengan produk-produk usahawan yang dipamerkan sempena penganjura­n MTQ Peringkat Negeri di Wisma Muis, Kota Kinabalu.
Uda tertarik dengan produk-produk usahawan yang dipamerkan sempena penganjura­n MTQ Peringkat Negeri di Wisma Muis, Kota Kinabalu.
 ??  ?? Salah seorang qari memperdeng­arkan bacaannya di Dewan Sa’adah Wisma Muis Kota Kinabalu sempena pusingan akhir MTQ Peringkat Negeri Sabah.
Salah seorang qari memperdeng­arkan bacaannya di Dewan Sa’adah Wisma Muis Kota Kinabalu sempena pusingan akhir MTQ Peringkat Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia