Utusan Borneo (Sabah)

Promosi produk pelanconga­n desa dipergiat

Sebanyak 25 daerah seluruh di Sabah terlibat dalam aktiviti yang diadakan sepanjang tahun ini

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTAKINABA­LU:Promosi produk pelanconga­n luar bandar terus dipergiatk­an sempena program Jelajah Pelanconga­n Berasaskan Komuniti anjuran Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) tahun ini.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assafal Alian berkata, program kali ketiga itu akan diadakan pada 16 dan 17 November ini di Suria Sabah.

Menurutnya, tahun ini sebanyak 25 daerah seluruh Sabah terlibat dalam aktiviti sepanjang program itu.

“Pada tahun pertama penganjura­nnya, hanya empat daerah terlibat diikuti sebanyak 14 daerah pada tahun kedua ia dianjurkan.

“Tahun ini, buat pertama kalinya, daerah kecil Tungku menyertai jelajah ini dan bakal menunjukka­n produk pelanconga­n dari kawasan Tungku,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, Tungku mempunyai potensi untuk dibangunka­n sebagai kawasan tarikan pelanconga­n di Sabah.

Assafal berkata, dalam usaha kerajaan untuk mengembang­kan industri pelanconga­n, Jelajah Pelanconga­n Berasaskan Komuniti adalah wajar untuk dilaksanak­an.

“STB melalui Seri Pelanconga­n bekerja keras untuk membimbing dan mengajar komuniti luar bandar supaya terlibat dalam industri ini.

“Ini kerana, pelancong sekarang tidak hanya mengunjung­i pulau dan pantai. Tetapi mereka mula mengunjung­i kawasan luar bandar untuk mempelajar­i adat tradisi, budaya, makanan, dan hasil kraf masyarakat kita.

“Justeru, sudah sampai masanya untuk kita memperkuku­hkan aktiviti-aktiviti berkaitan pelanconga­n berasaskan komuniti,” jelasnya.

Katanya, apa yang menarik mengenai pelanconga­n berasaskan komuniti ini, hasil pendapatan terus diperolehi oleh komuniti itu sendiri.

Orang ramai dialu-alukan datang untuk menyertai Jelajah Pelanconga­n Berasaskan Komuniti yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Suria Sabah.

 ??  ?? JELAJAH: Assafal (empat kiri) bersama pihak penganjur Jelajah Pelanconga­n Berasaskan Komuniti selepas sidang media.
JELAJAH: Assafal (empat kiri) bersama pihak penganjur Jelajah Pelanconga­n Berasaskan Komuniti selepas sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia