Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan Klinik Kesihatan Bebuloh bukti keprihatin­an kerajaan

-

LABUAN: Projek pembinaan Klinik Kesihatan Bebuloh yang menelan kos kira-kira RM20 juta bakal memberi manfaat dan memberikan persekitar­an rawatan yang kondusif kepada lebih 23,000 penduduk di sekitar kampung itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, klinik kesihatan itu yang dibina atas keluasan tanah 4.06 ekar mempunyai bangunan klinik kesihatan (jenis 5) dan 16 unit kuarters kelas F.

“Projek ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat yang merupakan projek klinik kesihatan kedua di Labuan dan ditunggu-tunggu oleh warga Labuan terutama di kawasan Kampung Bebuloh.

“Kawasan ini juga merupakan salah satu kawasan dalam perancanga­n untuk pembanguna­n Labuan, oleh itu pembinaan klinik ini adalah tepat pada masanya untuk menyokong pembanguna­n holistik di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Bebuloh, barubaru ini.

Dzulkefly berkata kerajaan komiteddal­ammemperku­kuhkan sistem penyampaia­n penjagaan kesihatan di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutua­n Labuan dalam projek pembanguna­n bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Projek Pembanguna­n Klinik Kesihatan Bebuloh ini pada awalnya merupakan projek bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan telah dibawa ke Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Langkah ini merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan projek ini dimulakan sebelum berakhirny­a RMK-11 iaitu pada penghujung tahun 2020.

“Dengan pentadbira­n dinamik di Labuan saya percaya projek ini dapat direalisas­ikan seperti yang telah dirancang,” katanya.

Kerja-kerja pembinaan projek klinik itu dijangka bermula pada tahun 2020 dan dijangka siap pada tahun 2022.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Haji Amir Hussien, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr. Fary Akmal Osman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari.

Sementara itu, Amir sambil mengucapka­n tahniah kepada penduduk Kampung Bebuloh, berkata Perbadanan Labuan sentiasa memberi kerjasama kepada agensi kerajaan untuk semua inisiatif pembanguna­n dan kesejahter­aan Pulau Labuan.

Katanya, pembinaan klinik tersebut merupakan pelengkap kepada kemudahan kesihatan sedia ada sekaligus dapat meningkatk­an kapasiti kemudahan kesihatan di wilayah ini.

“Terima kasih Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang amat prihatin terhadap keperluan kesihatan warga Labuan,” katanya yakin pembinaan klinik itu akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Kampung Bebuloh.

 ??  ?? RASMI: Dr. Dzulkefly (kanan) merasmikan Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Bebuloh sambil diperhatik­an Rozman dan Amir (dua kiri).
RASMI: Dr. Dzulkefly (kanan) merasmikan Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Bebuloh sambil diperhatik­an Rozman dan Amir (dua kiri).
 ??  ?? HADIR: Sebahagian pemimpin tempatan yang menghadiri Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Bebuloh oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini.
HADIR: Sebahagian pemimpin tempatan yang menghadiri Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Bebuloh oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini.
 ??  ?? RAMAH MESRA: Dr. Dzulkefly (tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat yang menjalani pemeriksaa­n kesihatan.
RAMAH MESRA: Dr. Dzulkefly (tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat yang menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia