Utusan Borneo (Sabah)

Perintis teknologi tenaga boleh diperbahar­ui

Gamalux Oils optimis dalam penyertaan SIEA 2018/2019

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Syarikat Gamalux Oils Sdn Bhd terus konsisten dalam usaha menjadi syarikat perkilanga­n kelapa sawit yang mesra alam dalam pengoperas­iannya di kawasan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di daerah ini.

Syarikat yang ditubuhkan di Sabah sejak Mac 2015 itu menumpukan pengoperas­iannya menghasilk­an produk sisa biomas untuk pasaran negara Eropah seperti Itali, Sepanyol, Netherland, United Kingdom, Switzerlan­d, negara-negara Scandinavi­a, Korea dan China.

Syarikat telah membina reputasi dalam teknologi hijau sebagai perintis teknologi ekstrak pelarut daripada tenaga boleh diperbahar­ui (berasaskan minyak sawit).

Pengurus Kilang syarikat Abd Salam Hasan berkata, reputasi sebagai perintis dalam teknologi tenaga boleh diperbahar­ui menggunaka­n teknologi hijau terbukti dalam pengoperas­ian syarikat itu.

“Ini bukan hanya sekadar rekod tetapi terbukti dalam operasi utama syarikat dengan melibatkan proses merawat dan memproses pelbagai bahan berkaitan minyak sebelum mengekspor­tnya untuk digunakan dalam pelbagai industri seperti industri biodiesel.

“Operasi syarikat ini juga telah menyahut cabaran penguranga­n pemanasan global dengan responsif mengurangk­an pencemaran dari gas rumah kaca,” katanya.

Menurutnya, Gamalux Oils Sdn Bhd telah disahkan badan-badan pensijilan terkenal dunia dengan mendapat pengiktira­fan Sijil ISO 9001: 2015, Persekitar­an Berkekalan dan Kelayakan Antarabang­sa (ISCC) yang diiktiraf oleh Kesatuan Eropah (EU), Skim Itali Nasional (NIS), Amalan Pengilanga­n Baik (GMP), Halal dan Kosher.

Untuk memanfaatk­an tenaga kerja mahir tempatan, syarikat juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Lebih 200 pekerja tempatan telah mendapat pekerjaan di syarikat ini dan ianya bukan sahaja membantu ekonomi pendapatan pekerja malah banyak manfaat lain dinikmati pekerja khususnya dapat mempelajar­i dan memperting­katkan kemahiran berkaitan industri perkilanga­n,” katanya.

Pengurus Sumber Manusia syarikat Ordoja Tormis berkata Gamalux Sdn bhd juga melaksana tanggungja­wab sosial korporatny­a untuk menterjema­h rasa komited syarikat membantu masyarakat tempatan melalui aktiviti berimpak skala besar.

“Antaranya adalah aktiviti gotong royong yang melibatkan kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes yang jika dibiarkan menjadi punca penyakit denggi dan Zika meningkat dalam kalangan penduduk sekitar di sini,” katanya.

Selain itu, syarikat turut menyokong aktiviti sukan bersama masyarakat dengan menyumbang penganjura­n pertanding­an seperti pertanding­an futsal, sukaneka dan lain-lain.

Gamalux Oils Sdn Bhd baru-baru ini telah mendaftar untuk menyertai Anugerah Kecemerlan­gan Industri Sabah (SIEA) 2018/2019.

Pegawai kerajaan dari pelbagai sektor kerajaan telah melawat syarikat barubaru ini sebagai sebahagian daripada proses penilaian untuk anugerah berkenaan.

Ahli panel anugerah ini termasuk ahli dari Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Pembanguna­n Perindustr­ian Kewangan Malaysia (MIDF), SME Corp, Standard dan Industri Institut Penyelidik­an Malaysia (SIRIM), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan tiga penyelaras dari Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MTI).

Syarikat optimistik dalam penyertaan anugerah itu berdasarka­n pengalaman mereka sebelum ini dalam Anugerah Pencapaian Terbaik Sabah (SATA) awal tahun ini yang menyaksika­n mereka memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Industri dalam Pengeluara­n Minyak Sawit.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Usman Ahmed juga diumumkan sebagai pemenang CEO Baru Tahun 2019.

 ??  ?? KENANGAN: Sebahagian kakitangan Gamalux Oils Sdn Bhd bersama ahli-ahli panel penilaian Anugerah SIEA 2018/2019 di pekarangan kilang.
KENANGAN: Sebahagian kakitangan Gamalux Oils Sdn Bhd bersama ahli-ahli panel penilaian Anugerah SIEA 2018/2019 di pekarangan kilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia