Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Tamparuli johan Shell Selamat Sampai School Challenge 2019

-

KOTA KINABALU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli pulang ke Sabah dengan penuh kebanggaan setelah dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Shell Selamat Sampai School Challenge 2019.

Ketibaan mereka di lapangan terbang turut disambut oleh Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam Sijim yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti Warisan Tuaran.

Turut hadir sama Pengetua SMK Tamparuli Jaya Silar a/l Muniandi, Pengerusi PIBG Michael Kadum, Cikgu Eliazer Linggin serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.

Hasil inovasi ciptaan pelajar SMK Tamparuli iaitu sistem lampu amaran trafik, alat penggera anjing liar serta program melibatkan komuniti telah berjaya menewaskan empat lagi finalis pertanding­an itu.

Sebanyak lima sekolah di seluruh Malaysia berjaya menjadi finalis yang terdiri daripada SMK Convent Butterwort­h, Penang; SMK Riam, Miri, Sarawak, SM Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, SMK Tamparuli, Tuaran, Sabah and SMK Luak, Miri, Sarawak.

Johan pertanding­an ini membawa pulang sijil, trofi serta wang tunai sebanyak RM10,000.

Dinamakan sebagai ‘Fantastic 4S’, penghasila­n projek inovasi itu yang membabitka­n penyertaan 20 pelajar yang membentuk pasukan dinamakan Boleh Bah Kalau Kau (BBKK) 4.0 itu didorong oleh inisiatif mewujudkan persekitar­an selamat di sekolah mereka.

Guru Pembimbing SMK Tamparuli Ernest Kelly Subin, berkata projek pertama, ‘Stop! Tunggu Dulu’ (sistem lampu amaran trafik) direka bagi mengelak kesesakan lalu lintas, selain memastikan pergerakan mengikut giliran bagi setiap kenderaan yang memasuki kawasan sekolah.

Projek kedua, ‘Sorry Doggy’ lebih berbentuk alat penggera bahaya anjing liar menggunaka­n teknologi ultrasonik, projek ketiga ialah ‘Smooth Road’ yang menumpukan kepada pengurusan jalan supaya lalu lintas di kawasan sekolah lebih lancar.

Sehubungan ini team projek telah mencadangk­an kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah agar memohon peruntukan dari Kerajaan Negeri bagi membolehka­n permukaan jalan raya yang berlubang diturap.

Manakala projek keempat dinamakan ‘Sedarlah’ lebih kepada program ceramah keselamata­n pelajar sekolah di tiga sekolah menengah dan empat sekolah rendah di Tuaran serta Kota Kinabalu.

Sementara itu Rakam semasa ditemui berkata kejayaan pelajar SMK Tamparuli wajar dijadikan contoh atas kesungguha­n dan kreativiti dalam penyelesai­an masalah setempat.

“Pelajar-pelajar ini serta guru bimbingan berjaya membuktika­n bahawa anak Tuaran juga mampu bersaing dan berjaya di peringkat yang lebih tinggi jika diberikan peluang.

“Secara peribadi, kejayaan pelajar SMK Tamparuli dekat dihati kerana saya sendiri adalah pelajar batch pertama Tingkatan 5 yang lahir dari sekolah berkenaan,” katanya.

Rakam juga mahu agar agensi kerajaan berkaitan seperti Yayasan Inovasi Malaysia, juga Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi Sabah mengambil maklum kejayaan inovasi seperti ini dan mengetenga­hkan hasil yang berguna kepada masyarakat.

“Kejayaan ini tidak boleh berhenti di sini malahan kita perlu mengiktira­f dan menggalakk­an lagi usaha yang sebegini dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Rakam bersama Pengetua Jaya Silar (berdiri empat dari kanan), Pengerusi PIBG Michael Kadum (berdiri lima dari kanan) dan Cikgu Ernest (berdiri tiga kiri) bergambar bersama para pelajar team projek.
GAMBAR KENANGAN: Rakam bersama Pengetua Jaya Silar (berdiri empat dari kanan), Pengerusi PIBG Michael Kadum (berdiri lima dari kanan) dan Cikgu Ernest (berdiri tiga kiri) bergambar bersama para pelajar team projek.
 ??  ?? TUNGGU KETIBAAN: Rakam bersama pengetua dan pengerusi PIBG sekolah serta wakil PPD semasa menunggu ketibaan team projek SMK Tamparuli.
TUNGGU KETIBAAN: Rakam bersama pengetua dan pengerusi PIBG sekolah serta wakil PPD semasa menunggu ketibaan team projek SMK Tamparuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia