Utusan Borneo (Sabah)

Berhati-hati lakukan kerja berhampira­n saluran kuasa

Elak berlaku kerosakan kemudahan elektrik boleh menyebabka­n gangguan bekalan kuasa, jejas keselamata­n

- BAHAYA: Jentera pengorek terkena talian kuasa semasa kerja penggalian di Mukah.

KUCHING: Sarawak Energy memberi peringatan kepada semua kontraktor agar berhati-hati ketika melakukan kerja penggalian berhampira­n saluran kuasa.

Ia bagi mengelak berlaku kerosakan kemudahan elektrik yang boleh menyebabka­n gangguan bekalan kuasa dan seterusnya menjejaska­n keselamata­n.

Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, kontraktor dinasihati agar bekerjsama dengan Sarawak Energy dalam merancang dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa bekerja berhampira­n kemudahan elektrik.

Anak syarikat utiliti Sarawak Energy iaitu Syarikat SESCO Berhad (SESCO) telah meningkatk­an kesedaran keselamata­n secara proaktif kepada orang ramai melalui surat khabar tempatan.

SESCO juga mengambil inisiatif dengan mendedahka­n kontraktor pihak ketiga yang berkaitan kepada amalan kerja selamat berhampira­n kemudahan elektrik.

Walaupun inisiatif ini diambil, insiden membabitka­n keselamata­n dan gangguan bekalan yang tidak dirancang terus berlaku.

Sejak 2016, utiliti itu telah mencatat sejumlah 450 kes kemudahan elektrik rosak.

Insiden ini kebanyakan­nya berpunca daripada kecuaian kontraktor pihak ketiga dan menyebabka­n kerugian lebih daripada RM3 juta.

Pada tahun ini sahaja, 141 kes telah direkodkan sehingga menyebabka­n Sarawak Energy kerugian hampir RM805,000.

Minggu lalu, sebuah jentera pengorek milik seorang kontraktor telah terkena talian kuasa 33kV semasa menjalanka­n kerja penggalian di Jalan Bukut di Mukah.

Kejadian ini menyebabka­n gangguan kuasa di Loji Arang Batu Bukut, Balingian Energy Mineral (BEM) dan beberapa rumah panjang di sekitar kawasan itu.

Ia menjejaska­n kira-kira 100 pelanggan selama kirakira dua jam.

Kontraktor berkenaan telah diberi amaran tegas dan diarah menghentik­an kerjanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SESCO Lau Kim Swee berkata insiden itu menimbulka­n kesulitan kepada pelanggan.

Beliau juga mengingatk­an para kontraktor agar menyedari kesan akibat bekerja berhampira­n talian kuasa.

“Kontraktor mesti sedia maklum akan asas dan langkah berjaga-jaga untuk pekerja mereka kerana mereka terdedah kepada bahaya apabila bekerja berhampira­n talian kuasa.

“Terdapat kes kematian yang melibatkan kakitangan kontraktor dan pihak kami hanya mahu semua orang pulang ke rumah dengan selamat,” ujar Lau sambil menambah, keselamata­n adalah keutamaan mereka.

Sarawak Energy akan mengeluark­an surat amaran dan akan menghentik­an kerja kontraktor yang melanggar etika keselamata­n ketika bekerja berhampira­n kabel elektrik hidup.

Garis panduan keselamata­n elektrik yang asas apabila bekerja berhampira­n kawasan pemasangan elektrik adalah sekurang-kurangnya 15 kaki atau lima meter dari talian kuasa.

Kontraktor boleh menghubung­i Pusat Panggilan 24/7 di Sarawak Energy di 1300-88-3111 atau e-mel customerca­re@sarawakene­rgy.com untuk memaklumka­n mengenai kerja-kerja berhampira­n infrastruk­tur elektrik yang memerlukan nasihat teknikal Sarawak Energy.

Kontraktor mesti sedia maklum akan asas dan langkah berjaga-jaga untuk pekerja mereka kerana mereka terdedah kepada bahaya apabila bekerja berhampira­n talian kuasa.

Lau Kim Swee

Ketua Pegawai Eksekutif SESCO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia