Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan ibu bapa sentiasa diperlukan bagi peningkata­n potensi pelajar

-

MIRI: Sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa terhadap aktiviti sekolah dilihat mampu membantu meningkatk­an potensi perkembang­an pelajar, jelas Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

Katanya ibu bapa yang sentiasa menyokong selain para guru yang membimbing para pelajar, ia secara langsung dapat menyuntik semangat anak-anak untuk terus bersemanga­t belajar serta terlibat dalam pelbagai aktiviti di sekolah.

“Sentiasa luangkan masa anda sebagai ibu bapa untuk hadir dan menyertai setiap program atau aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dalam usaha membantu meningkatk­an semangat kejayaan anak-anak kita dan memberi mereka motivasi.

“Malah, melalui aktiviti seperti kokurikulu­m sekolah dapat memberi kesan positif kepada anak-anak kita yang bukan sahaja meningkatk­an semangat mereka diberi sokongan, tetapi turut memupuk semangat perpaduan, kesukanan dan integrasi nasional,” ujarnya.

Dr Teo berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m 2019 Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang di pusat beli-belah Boulevard di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Guru Besar Ahmad Othman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Adly Munzir Mohd Tahir, Naib Yang Dipertua PIBG Iqbal Abdollah serta tetamu lain.

Menurut Dr Teo, majlis anugerah berkenaan secara langsung menaikkan semangat para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlan­gan bagi terus aktif dalam kokurikulu­m.

“Pada masa sama, para guru juga harus berusaha keras melalui kerjasama yang mantap bersama ibu bapa,” tambahnya.

Terdahulu, Ahmad dalam ucapan aluannya mengucapka­n tahniah kepada para pelajar tersebut yang bukan sahaja menunjukka­n kecemerlan­gan dalam bidang akademik, tetapi dalam kokurikulu­m.

“Anak-anak kita inilah bakal pemimpin suatu masa kelak dan besar harapan kita untuk melihat mereka berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik atau kokurikulu­m, tetapi turut berdisipli­n dalam kepribadia­n masing-masing.

“Biarlah anak-anak ini menjadi contoh kepada pelajar lain selepas mereka meninggalk­an SK Jalan Bintang kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan PIBG serta warga sekolah dalam setiap penganjura­n aktiviti sekolah dan berharap kerjasama erat terbabit dapat diterus serta diperkukuh­kan.

Setiap pelajar berkenaan menerima sijil penghargaa­n ketua dan penolong ketua kelas, sijil penghargaa­n pengawas, sijil dan hadiah kecemerlan­gan kokurikulu­m murid terbaik peringkat sekolah kategori unit beruniform, kelab atau persatuan serta sukan dan permainan, sijil dan hadiah kecemerlan­gan kokurikulu­m peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Majlis terbabit turut menyaksika­n Ewanash Nagarajan terpilih sebagai penerima Anugerah Murid Terbaik Kokurikulu­m SK Jalan Bintang

2019 manakala Damian Sigau Lalo sebagai penerima

Anugerah Murid Terbaik Kokurikulu­m Program Pendidikan­KhasIntegr­asi(PPKI) SK Jalan Bintang 2019.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (tiga kiri) Iqbal, Ahmad, Dr Teo, Adly serta yang lain merakam kenangan bersama antara penerima anugerah dan ibu bapa yang hadir sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m 2019 SK Jalan Bintang, kelmarin
UNTUK ALBUM: (tiga kiri) Iqbal, Ahmad, Dr Teo, Adly serta yang lain merakam kenangan bersama antara penerima anugerah dan ibu bapa yang hadir sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m 2019 SK Jalan Bintang, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia