Utusan Borneo (Sabah)

PVTMS temui ahli di Miri dan Bintulu pada 9-10 November

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) akan mengadakan perjumpaan dengan ahli di Miri dan Bintulu pada 9 dan 10 November ini.

Setiausaha PVTMS Nambang Tandang berkata, perjumpaan di Miri akan dibuat di Kelab Gymkhana Miri (GCM) pada 9 November, jam 2 petang.

Sementara di Bintulu katanya, perjumpaan akan diadakan di Bilik Mesyuarat Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu pada 10 November, jam 9 pagi.

“Dalam program ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia

(JHEV ATM) Cawangan Negeri Sarawak juga akan mengadakan kaunter bergerak.

“Kaunter ini bagi mengendali­kan permohonan bantuan kebajikan termasuk memberi pencerahan berhubung masalah yang dihadapi veteran,” ujarnya pada sidang media di sini, kelmarin.

Hadir sama Presiden PVTMS Francis Yeo serta ahli jawatankua­sa PVTMS Damat Ijau.

Menurut Nambang, pengambila­n ahli baharu akan turut diadakan termasuk veteran Askar Wataniah yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.

Sementara itu, Yeo menyeru ahli yang tinggal di Miri dan Bintulu terutama yang mempunyai masalah atau ingin mengetahui status permohonan bantuan kebajikan masing-masing boleh hadir sama.

Pengarah JHEV ATM Sarawak katanya, dijangka hadir sama bagi membantu veteran.

“Dengan perjumpaan seperti ini, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi ahli-ahli di Miri dan Bintulu, selain bagi merapatkan hubungan.

“Pada masa sama, kita berharap dapat mengemas kini maklumat ahli-ahli serta veteran bagi memudahkan kita menghubung­i mereka,” jelas Yeo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia