Utusan Borneo (Sabah)

Kandungan industri kreatif mampu dieksport

Jika produk yang dihasilkan berkualiti ia akan memberi keuntungan kepada negara: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kandungan industri kreatif seperti filem, drama dan animasi mampu menjadi eksport yang boleh menguntung­kan negara jika produk yang dihasilkan berkualiti.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa industri kreatif merupakan sektor yang sedang berkembang maju di Malaysia dengan kewujudan 345 syarikat berstatus MSC Malaysia setakat 31 Mac lalu di bawah kluster Kandungan Kreatif dan Teknologi daripada jumlah keseluruha­n 2,986 syarikat berstatus MSC Malaysia yang aktif.

“Pada 2018, syarikat berstatus MSC Malaysia di bawah kluster ini mencatat nilai jualan RM7.69 bilion dengan nilai eksport RM1.4 bilion selain menyediaka­n 11,471 peluang pekerjaan,” katanya ketika berucap pada Istiadat

Konvokesye­n Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15 di sini semalam.

Dr Mahathir percaya ASWARA yang mempunyai pelbagai fakulti boleh menyediaka­n kandungan serta produk industri kreatif yang lebih berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Dalam pada itu, perdana menteri menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh kehilangan identiti yang dibentuk menerusi kepelbagai­an kebudayaan dan kesenianny­a.

“Kemajuan fizikal dan material perlu kita imbangi dengan kemajuan kesenian dan kebudayaan kerana dengan cara ini sahajakita­dapatmempe­rkukuh tamadun bangsa,” katanya.

Beliau seterusnya menarik perhatian bahawa kebudayaan Malaysia, seperti mana kebudayaan negara lain, sentiasa mengalami perubahan akibat pengaruh luar, pengaruh perkembang­an komunikasi, teknologi dan sebagainya.

“Dalam soal ini, pendidikan seni dan budaya amat penting kerana kita tidak mahu berlaku kemerosota­n dan kemiskinan budaya,” kata Dr Mahathir sambil menambah kemerosota­n ini akan menghakis sistem nilai yang amat perlu untuk kelangsung­an bangsa dan negara.

“Jika seni dan budaya tidak diperjuang­kan, masyarakat tidak lagi memahami fungsi dan kegunaan budaya teras yang menjadi identiti, sebaliknya mereka lebih mengenali budaya asing. Dengan itu, nilai-nilai murni yang kita warisi akan turut hilang,” kata perdana menteri.

Selain itu, Dr Mahathir berkata budaya Malaysia yang kaya ini tidak cukup untuk dikembangk­an dalam negara sahaja kerana ia perlu juga dibawa ke peringkat antarabang­sa

Pada 2018, syarikat berstatus MSC Malaysia di bawah kluster ini mencatat nilai jualan RM7.69 bilion dengan nilai eksport RM1.4 bilion selain menyediaka­n 11,471 peluang pekerjaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

di samping mempelajar­i budaya masyarakat lain.

Menurutnya lagi, sudah sampai masanya kerajaan dan rakyat Malaysia memberi perhatian kepada seni dan budaya negara yang menjadi tunjang kepada identiti bangsa.

Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif sempena istiadat konvokesye­n Aswara itu. Ia julung kali diperkenal­kan oleh institusi berkenaan.

“Penganuger­ahan ini sudah pasti amat bermakna buat kami. Tetapi yang lebih penting ialah anugerah ini meletakkan seni dan budaya sebagai satu subjek yang perlu mendapat perhatian.

“Budaya terutamany­a boleh menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, bahkan seseorang individu,” kata Dr Mahathir sambil berkongsi perasaan terharu beliau dan isteri kerana menjadi penerima pertama anugerah itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia