Utusan Borneo (Sabah)

The Hive tampilkan sesuatu yang baharu di Bintulu

Pembanguna­n bersepadu merangkumi hartanah perumahan, komersial terletak kira-kira 1.5 km dari Pusat Komersial Assyakirin

-

KUCHING: ‘The Hive’ memperkena­lkan sesuatu yang baharu di Bintulu iaitu sebuah pembanguna­n bersepadu yang merangkumi hartanah perumahan dan komersial yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Pusat Komersial Assyakirin dan Dataran Komersial Parkcity.

Projek perumahan terulung Ibraco di Bintulu, terletak dalam fasa kedua pusat komersial itu melambangk­an kepentinga­n keseimbang­an kerja dengan penginapan.

Kunci utama kontempora­ri kepada kehidupan hampir sempurna ini kini akan dirasmikan menerusi unit pameran (show unit) pertama di tapak pada hujung minggu ini (9 dan 10 November) bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Menara SOHO 13 tingkat yang baharu siap memaparkan kemudahan 158 unit hak milik strata ‘Small Office, Home Office’ (SOHO) dengan gimnasium dan jakuzi, selain sebuah podium komersial di Tingkat Bawah, dengan konsep khas untuk menampung keperluan usahawan am selain perusahaan kecil dan sederhana (SME) dengan trend semasa bagi kehidupan, pekerjaan dan riadah dalam kehidupan bandar.

Tujuh reka bentuk susun atur lantai yang unik dengan keluasan lantai seluas 597 kaki persegi hingga 987 kaki persegi dengan harga bermula dari RM284,500 sahaja.

Podium komersial Tingkat Bawah terdiri daripada aras ruang pejabat dan komersial, yang juga mampu menampung kedai runcit pelbagai saiz daripada 33 meter persegi hingga 98.1 meter persegi.

Sementara itu, pembanguna­n untuk pada masa hadapan adalah termasuk komersial, kedai serta ruang pejabat.

Fasa pertama di Dataran Bandar Bintulu merangkumi bangunan kedai/pejabat tiga tingkat dan menara pejabat setinggi lapan tingkat, yang mana kini menempatka­n tempat kerja bersama yang pertama Ibraco di Sarawak, LinQ-uP. Bangunan ini juga menempatka­n kaunter khidmat pelanggan baharu Sarawak Energy, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia wilayah Bintulu dan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd.

Menara pejabat, yang boleh dibeli atau disewa juga dilengkapi kemudahan untuk pelbagai sistem telekomuni­kasi, sambungan optik gentian dan jalur lebar tinggi dengan bekalan tenaga 100 peratus serta sokongan genset.

Juga dalam fasa pertama, Plaza Komersial (CP) dua tingkat terletak di dalam pekarangan menara pejabat lapan tingkat iaitu di antara seksyen timur dan seksyen barat pejabat kedai tiga tingkat.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut tentang unit pameran HIVE, sila hubungi pejabat Ibraco cawangan Bintulu di talian 086-339098/086-339485, atau Ibu Pejabat Ibraco di 082-361111.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia