Utusan Borneo (Sabah)

Empat pelancong antara lapan cedera dalam serangan pisau di Jerash, Jordan

Motif serangan di tapak arkeologi terkenal itu masih disiasat, penyerang diberkas

-

AMMAN: Lapan orang, termasuk empat pelancong, cedera dalam serangan pisau kelmarin di tapak arkeologi terkenal di Jerash di utara Jordan, seorang jurucakap keselamata­n memberitah­u AFP.

Empat pelancong – tiga dari Mexico dan seorang wanita Switzerlan­d – cedera, bersama dengan seorang pemandu pelancong Jordan dan seorang pegawai keselamata­n yang cuba untuk menghalang penyerang tersebut, kata jurucakap direktorat keselamata­n awam Amer Sartawi.

“Penyerang telah segera ditangkap,” menurut direktorat keselamata­n dalam satu kenyataan.

Motif bagi serangan, yang berlaku pada waktu tengah hari di kawasan tinggalan Roman di Jerash, satu tarikan terkenal 50 kilometer dari ibu negeri Amman, masih belum diketahui, tambah Sartawi.

Seorang sumber dalam perkhidmat­an keselamata­n, meminta identitiny­a dirahsiaka­n, memberitah­u AFP bahawa penyerang dikenal pasti sebagai Moustafa Abourouis berusia 22 tahun dan “datang dari kem pelarian Palestin di Souf”.

Kem Souf, terletak tidak jauh dari Jerash, telah didirikan pada 1967 untuk melindungi penduduk Palestin yang meninggalk­an Tebingan Barat dan Semenanjun­g Gaza ketika Perang Enam Hari antara Israel dan negaranega­ra Arab.

Menteri Kesihatan Saad Jaber mengesahka­n lapan orang cedera, selepas Sartawi berkata mereka telah dihantar ke hospital bagi mendapatka­n rawatan.

Jaber telah melawat mangsa yang cedera di hospital awam di Jerash, ditemani oleh duta Mexico ke Jordan.

Menteri itu menyatakan empat daripada mangsa “mengalami kecederaan sederhana hingga teruk, sementara empat lagi mengalami kecederaan ringan”.

“Seorang pelancong Mexico berada dalam keadaan serius dan seorang pemandu pelancong Jordan telah dipindahka­n dengan menggunaka­n helikopter ke Pusat Rawatan Raja Hussein di Amman, tambah beliau.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi telah menghubung­i rakan setugasnya di Switzerlan­d Ignazio Cassis dan timbalan setiausaha luar negara Mexico Julian Ventura bagi memberikan jaminan kepada mereka bahawa Jordan sedang menjaga rakyat negara mereka dan mereka akan dimaklumka­n secara berterusan mengenai keputusan siasatan.

Pemandu pelancong Jordan Zouheir Zreiqat yang menyaksika­n serangan memberitah­u

AFP bahawa ia telah berlaku “sebelum waktu tengah hari ketika kira-kira 100 pelancong asing” berada di kawasan berkenaan.

“Seorang lelaki berjambang dalam lingkungan usia 20-an yang berpakaian serba hitam dan memegang sebilah pisau telah mula menikam pelancong,” kata Zreiqat.

Beliau berkata mereka yang lain mula menjeritje­rit meminta bantuan serta beliau bersama dengan tiga pemandu pelancong yang lain dan tiga pelancong telah berjaya menghalang penyerang tersebut.

“Kami mengejar dia sehingga kami berjaya menangkap dan menjatuhka­nnya di atas tanah,” kata Zreiqat.

“Kami merampas pisau daripada tangannya. Dia hanya berdiam diri sehingga anggota polis sampai dan menahannya.”

Ia bukan kali pertama sebuah kawasan tarikan pelanconga­n Jordan telah menjadi sasaran serangan.

Pada Disember 2016, di Karak, kawasan bagi salah satu istana Salib terbesar di wilayah ini, 10 orang terkorban dalam serangan yang turut menyebabka­n 30 cedera.

Tujuh anggota polis, dua warga awam Jordan dan seorang pelancong Kanada terkorban dalam serangan itu.

Diakui oleh kumpulan Daesh (IS), ia mencetuska­n kebimbanga­n bagi industri pelanconga­n yang merupakan tulang belakang ekonomi Jordan.

Seramai 10 orang telah disabitkan bagi serangan tersebut, dengan dua dijatuhkan hukuman mati.

Beberapa insiden ganas melanda negara itu pada tahun yang sama, termasuk pengeboman nekad pada Jun yang diakui oleh IS yang mengorbank­an tujuh pengawal sempadan Jordan berhampira­n sempadan dengan Syria.

Amman telah memainkan peranan yang ketara dalam perjuangan pakatan diketuai oleh Amerika Syarikat terhadap IS di Syria dan Iraq, kedua-duanya berjiran dengan Jordan.

Kekurangan sumber semula jadi dan kebergantu­ngan kepada bantuan asing, kerajaan itu berdepan dengan kadar penganggur­an pada 18.5 peratus dan satu perlima daripada populasi seramai 10 juta orang tinggal hanya di atas garis kemiskinan.

Pelanconga­n merupakan satu sektor utama yang membentuk 14 peratus daripada KDNK pada 2019, dan pihak berkuasa Jordan telah berusaha untuk mengeluark­annya daripada krisis akibat pergolakan wilayah. — AFP

 ?? — Gambar Muhammad Hamedg/Reuters ?? CEDERA: Pegawai menyorong troli yang membawa pelancong cedera ke Pusat Perubatan Raja Hussein selepas serangan pisau di tapak arkeologi terkenal di Jerash, utara Jordan kelmarin menyebabka­n lapan orang cedera.
— Gambar Muhammad Hamedg/Reuters CEDERA: Pegawai menyorong troli yang membawa pelancong cedera ke Pusat Perubatan Raja Hussein selepas serangan pisau di tapak arkeologi terkenal di Jerash, utara Jordan kelmarin menyebabka­n lapan orang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia