Utusan Borneo (Sabah)

China jatuhi hukuman mati ditangguh ke atas pengedar ‘fentanyl’

-

XINGTAI: China kelmarin memenjarak­an sembilan orang, dengan seorang dijatuhkan hukuman mati ditangguh, kerana menjual ‘fentanyl’ secara haram kepada pembeli dari Amerika Syarikat (AS), hasil daripada siasatan bersama penting terhadap sejenis dadah yang telah menyebabka­n kematian ribuan rakyat AS.

AS sudah lama menuduh China menjadi sumber utama bagi candu berbahaya, dengan Presiden Donald Trump pada Ogos lepas mendakwa Beijing telah memungkiri janjinya untuk membantera­s dadah berkenaan.

Mahkamah di utara wilayah Hebei menggambar­kan kes tersebut sebagai siasatan bersama pertama yang berjaya oleh pihak berkuasa Beijing dan AS.

Biro Narkotik China pada 2017 membongkar sebuah sindiket penjenayah berpangkal­an di Shanghai dan wilayah timur Jiangsu serta merampas 11.9 kilogram fentanyl, bertindak berdasarka­n satu maklumat daripada pihak berkuasa sempadan AS, menurut mahkamah.

Seorang lelaki bernama Liu telah dijatuhkan hukuman mati dengan penangguha­n selama dua tahun sementara lapan lagi dijatuhkan hukuman penjara meliputi dari enam bulan hingga seumur hidup, kata Mahkamah Perantaraa­n Rakyat Xingtai.

“Terpengaru­h dengan keuntungan yang tinggi dan permintaan yang banyak daripada pembeli luar negara, tiga orang bernama Wang, Liu dan Jiang telah menyeludup fentanyl termasuk alprazolam, sejenis ubat untuk meredakan kebimbanga­n yang dipreskrip­sikan juga dikenali sebagai Xanax, untuk pembeli AS, katanya.

Penjatuhan hukuman muncul di tengah-tengah rundingan mengenai satu perjanjian AS-China yang berpotensi selepas konflik dagangan selama lebih setahun antara kedua-dua negara, di mana fentanyl telah menjadi satu isu utama. — AFP

 ?? — Gambar Wang Zhao/AFP ?? TAKLIMAT: Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Kawalan Narkotik Kebangsaan China, Yu Haibi (tengah) bercakap semasa taklimat di Xingtai, wilayah Hebei, China semalam.
— Gambar Wang Zhao/AFP TAKLIMAT: Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Kawalan Narkotik Kebangsaan China, Yu Haibi (tengah) bercakap semasa taklimat di Xingtai, wilayah Hebei, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia