Utusan Borneo (Sabah)

Amaran rampasan palsu cetus keadaan kelam-kabut di lapangan terbang Amsterdam

-

THE HAGUE: Seorang juruterban­g telah secara tidak sengaja menekan amaran bagi rampasan di dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Schipol di Amsterdam kelmarin, mencetuska­n satu operasi besar keselamata­n oleh polis Belanda.

Pihak syarikat penerbanga­n Sepanyol Air Europa memohon maaf “amat mendalam” bagi insiden di dalam pesawat dari ibu negeri Belanda ke Madrid, yang menyaksika­n kenderaan kecemasan mengelilin­gi pesawat tersebut.

“Amaran palsu dalam pesawat Amsterdam-Madrid pada tengah hari ini telah diaktifkan, secara tidak sengaja, mencetuska­n protokol bagi rampasan di lapangan terbang,” kata pihak penerbanga­n di Twitter.

“Tidak ada ada-apa yang berlaku, semua penumpang selamat dan dalam keadaan baik menunggu untuk penerbanga­n seterusnya. Kami berasa sangat kesal dan meminta maaf.”

Schiphol merupakan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Eropah, menguruska­n lebih 70 juta penumpang dalam setahun, menurut laman sesawangny­a.

Gambar dari tempat kejadian menunjukka­n beberapa kenderaan polis dan ambulans berkumpul di sekeliling pesawat ketika beberapa bahagian di lapangan terbang telah ditutup.

Jadual penerbanga­n masih terganggu sehingga lewat kelmarin.

Polis Tentera Diraja Belanda pada mulanya menyatakan mereka sedang menyiasat satu “situasi yang disyaki”, namun mengumumka­n sejam kemudian bahawa para penumpang dan anak kapal telah “keluar dari pesawat dengan selamat”.

Pesawat itu membawa 27 penumpang, lapor media Belanda.

Siasatan telah dijalankan bagi menentukan bagaimana amaran itu telah secara tidak sengaja dilakukan.

Amaran rampasan tidak dilakukan dengan mengaktifk­an satu butang sahaja tetapi dicetuskan dengan satu kod empat digit yang dihantar kepada menara kawalan, kata pakar aeronautik Joris Melkert.

Menteri Kehakiman dan Keselamata­n Ferd Grapperhau­s berkata di Twitter bahawa beliau berasa “kagum” dengan respons daripada pihak berkuasa. — AFP

 ?? — Gambar Piroschka van de Wouw/Reuters ?? BERJAGA-JAGA: Anggota polis dilihat berkawal di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam selepas satu amaran rampasan palsu dikeluarka­n kelmarin.
— Gambar Piroschka van de Wouw/Reuters BERJAGA-JAGA: Anggota polis dilihat berkawal di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam selepas satu amaran rampasan palsu dikeluarka­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia