Utusan Borneo (Sabah)

SMK Riam mengharumk­an nama Sarawak

Menangi pingat emas pada Korea Cyber Internatio­nal Genius Inventor Fair 2019, tewaskan 70 pasukan lain

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Pasukan kita iaitu Tborneo diwakili Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen dan Allycia Nanu Bong juga telah merangkul Anugerah Khas World Inventors Associatio­n (WIA).

Normah Abdul Latiff Pengetua SMK Riam

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Riam menempa nama di peringkat antarabang­sa selepas memenangi pingat emas pada Korea Cyber Internatio­nal Genius Inventor Fair (CIGIF) 2019.

Pengetuany­a Normah Abdul Latiff berbangga dengan pencapaian itu selepas sekolah itu menewaskan 70 pasukan dari beberapa negara.

“Pasukan kita iaitu Tborneo diwakili Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen dan Allycia Nanu Bong juga telah merangkul Anugerah Khas World Inventors Associatio­n (WIA),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pasukan terbabit berjaya menghasilk­an perisa semula jadi yang menggunaka­n daun tebu dalam bentuk serbuk dan kiub sebagai pengganti kepada perasa tambahan monosodium glutamat (MSG).

Normah berkata, satu lagi pasukan iaitu Yucava terdiri daripada Daniel Dennis, Nurnaziha Hasmady dan Eugenia Lavang Jalong telah berjaya mendapat Anugerah Pingat Perak dan Anugerah Khas Asia Creativity Invention Associatio­n (AICA).

Pasukan Yucava berjaya mencipta sudu mesra alam sebagai pengganti kepada penggunaan sudu plastik.

Pertanding­an yang berlangsun­g pada 2 dan 3 November itu disertai kira-kira 70 pasukan daripada 12 negara seperti Korea, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada dan Indonesia.

“Kita juga mendapat Anugerah Khas CIGIF Teacher Achievemen­t menerusi Cikgu Forinna Rosini Lanity, Law Sie Siek dan Enjila Ales.

“Ia dapat menambah koleksi anugerah yang telah dikecapi Kelab Young Inovator SMK Riam sekali gus menjadi kebanggaan pihak sekolah,” jelasnya.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak terutama Kementeria­n Pendidikan,

Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak (MESTR), Sarawak Multimedia

Authority, PPD Miri, PIBG, ibu bapa dan guru hasil kejayaan itu.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Normah (lima kanan) bersama pasukan Tborneo dan Yucava yang telah mencapai kejayaan cemerlang pada CIGIF 2019 di Korea pada 2 dan 3 November lalu.
MEMBANGGAK­AN: Normah (lima kanan) bersama pasukan Tborneo dan Yucava yang telah mencapai kejayaan cemerlang pada CIGIF 2019 di Korea pada 2 dan 3 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia