Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak disaran naikkan cukai jualan produk petroleum kepada 20%

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo menyaranka­n kepada kerajaan negeri agar menaikkan cukai jualan produk petroleum daripada lima peratus kepada 20 peratus mulai tahun depan.

Beliau menegaskan bahawa ia berupaya membantu dalam meningkatk­an pendapatan daripada sumber Sarawak bagi menyokong pembanguna­n negeri dan memastikan kesejahter­aan rakyat.

“Oleh kerana kerajaan persekutua­n mengutip cukai petroleum (PITA) daripada Petronas pada kadar 38 ke 45 peratus - selain daripada dividen, cukai lain dan pendapatan yang dikenakan, tidak mustahil untuk Petronas membayar 20 peratus cukai jualan.

“Ini akan meningkatk­an pendapatan empat kali ganda Sarawak daripada RM3.491 bilion kepada RM139.64 bilion.

Lagipun, minyak dan gas adalah milik rakyat Sarawak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n baru-baru ini.

Menurut Soo, Sarawak telah mengutip RM5.653 bilion dalam tiga suku pertama tahun 2019 dan kekurangan­nya apabila Petronas gagal membayar cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas petroleum yang diambil dari sini.

Beliau menambah kata, Notis Penilaian telah dikeluarka­n kepada Petronas tetapi orang ramai tidak didedahkan kebenaran berkaitan jumlah cukai yang akan dibayar syarikat itu dan bilakah tarikh akhir yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Soo mempersoal­kan kerajaan negeri sama ada ia akan menggunaka­n rizab negeri sekiranya terdapat defisit bagi tahun ini.

Mengulas mengenai Belanjawan Negeri 2020, Soo mengelar ia sebagai ‘bajet deja vu’ kerana ia hampir menyerupai belanjawan yang lama.

Beliau berkata ini kerana katanya, beberapa perkara dalam belanjawan itu kelihatan pengulanga­n dari tahun lepas.

Bagaimanap­un beliau meminta kerajaan negeri melihat semula pelaksanaa­n pemberian RM450 untuk penjagaan ibu bersalin dengan menambahny­a kepada RM4,500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia