Utusan Borneo (Sabah)

13 pemenang Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia ke-27 terima pengiktira­fan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PETALING JAYA: Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa Malaysia (FIABCI), sebuah badan profesiona­l hartanah negara meraikan ulang tahun Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia ke-27 dengan menyaksika­n 13 pemenang anugerah menerima pengiktira­fan itu di Hotel One World, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Presiden FIABCI Malaysia Sr. Michael Geh, dalam ucap tamanya mengucapka­n tahniah buat semua pemenang di atas pencapaian mereka

“Anugerah itu menjadi penggerak dan penanda aras kepada para pemaju untuk terus membangunk­an lebih banyak projek kreatif dan berinovati­f yang memanfaatk­an industri hartanah secara keseluruha­n.

“Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia ini merupakan penanda aras dan penggerak bagi pemaju hartanah untuk terus membangunk­an lebih banyak projek yang kreatif dan inovatif sekali gus memberi manfaat kepada keseluruha­n industri.

“Malah semua projek yang dikemukaka­n dalam pertanding­an tahun ini adalah cemerlang dan mempunyai standard tinggi yang setanding dengan projek luar negara,” katanya.

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.

Turut hadir ialah Presiden Dunia FIABCI Walid Moussa dan tetamu undangan lain dari tempatan dan luar negara.

Tambah Sr. Michael Geh lagi, kami sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti anugerah, seperti mengkaji semula kriteria penghakima­n dan kategori anugerah dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anugerah itu sentiasa mengikuti trend terkini dalam industri.

“Tahun ini, kami telah menambah kategori baru, Mixed-use Developmen­t Category (Kategori Pembanguna­n Penggunaan Campuran).

“Jumlah hakim dari luar negara juga telah meningkat kepada empat orang untuk memastikan proses penilaian itu diselesaik­an dengan standard antarabang­sa.

“Pada masa sama, FIABCI Malaysia telah melancarka­n platform digital dalam usaha untuk mendekati ahli dan bukan ahli menerusi media sosial untuk menggalakk­an lebih banyak peglibatan antara organisasi dan pihak berkepenti­ngannya,” katanya.

Berucap lanjut, beliau berkata pemaju bersaiz kecil tidak seharusnya dihalang daripada mengambil bahagian dalam dalam menyertai anugerah ini.

“Bagi Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia, saiz tidak penting tapi kualiti projek. Kami juga tidak melihat pada kekuatan sebuah profil syarikat hartanah tersebut. Projek yang baik adalah projek yang dapat memenuhi syarat untuk memenangi anugerah,” katanya.

Selain itu, keperluan skor tinggi adalah penanda aras untuk menggalakk­an kecemerlan­gan dan menggalakk­an pemaju melakukan lebih baik dengan projek masa depan mereka.

Dianjurkan oleh Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa Malaysia (FIABCI), majlis anugerah mendapat tajaan platinum dari Hong Leong Bank, Hong Leong

Life Insurance, GuocoLand (Malaysia) Berhad, dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad dengan kerjasama Oriental Daily News sebagai media Bahasa Cina rasmi.

 ??  ?? TERBAIK: Para penerima Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2019 bersama Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun (10 dari kiri).
TERBAIK: Para penerima Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2019 bersama Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun (10 dari kiri).
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Resort bagi projek Mangala Resort & Spa (Franky Land Sdn Bhd) pada Director Franky Land Sdn Bhd, Dato’ Chua Goon Eng.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Resort bagi projek Mangala Resort & Spa (Franky Land Sdn Bhd) pada Director Franky Land Sdn Bhd, Dato’ Chua Goon Eng.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Retail bagi projek Melawati Mall (Sime Darby Capitaland (Melawati Mall) Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Capitaland (Melawati Mall) Sdn Bhd, Low Pek Chen.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Retail bagi projek Melawati Mall (Sime Darby Capitaland (Melawati Mall) Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Capitaland (Melawati Mall) Sdn Bhd, Low Pek Chen.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Bangunan Tinggi bagi Kanvas SOHO (Suntrack Raven Sdn Bhd) pada Pengarah Suntrack Raven Sdn Bhd, James Tan Kok Kiat.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Bangunan Tinggi bagi Kanvas SOHO (Suntrack Raven Sdn Bhd) pada Pengarah Suntrack Raven Sdn Bhd, James Tan Kok Kiat.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pelan Induk bagi projek Bandar Dato’ Onn (Johor Land Berhad) pada Pengarah Urusan Johor Land Berhad, Lukman Abu Bakar.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pelan Induk bagi projek Bandar Dato’ Onn (Johor Land Berhad) pada Pengarah Urusan Johor Land Berhad, Lukman Abu Bakar.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pembinaan Mapan (Sustainabl­e Developmen­t) bagi projek Menara Ken TTDI (Ken TTDI Sdn Bhd) pada Ketua Pengarah Kumpulan Ken TTDI Sdn Bhd, Dato’ Kenny Tan Bk.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pembinaan Mapan (Sustainabl­e Developmen­t) bagi projek Menara Ken TTDI (Ken TTDI Sdn Bhd) pada Ketua Pengarah Kumpulan Ken TTDI Sdn Bhd, Dato’ Kenny Tan Bk.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pembinaan Pengkhusus­an bagi Penang Sentral Terminal Hub ( MRCB Land Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Korporat MRCB Land Sdn Bhd, Ammarjit Chinna.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pembinaan Pengkhusus­an bagi Penang Sentral Terminal Hub ( MRCB Land Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Korporat MRCB Land Sdn Bhd, Ammarjit Chinna.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Kategori Pembanguna­n Penggunaan Campuran bagi projek Plaza Arkadia (Perdana ParkCity Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Eksekutif Perdana ParkCity Sdn Bhd, Datuk Joseph Lau.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Kategori Pembanguna­n Penggunaan Campuran bagi projek Plaza Arkadia (Perdana ParkCity Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Eksekutif Perdana ParkCity Sdn Bhd, Datuk Joseph Lau.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Industri bagi projek The 12 Waves, One Auto Hub (PKT Logistics (M) Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PKT Logistics (M) Sdn Bhd, Dato’ Michael Tio.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Industri bagi projek The 12 Waves, One Auto Hub (PKT Logistics (M) Sdn Bhd) pada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PKT Logistics (M) Sdn Bhd, Dato’ Michael Tio.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Perumahan Mampu Milik Pangsapuri Kasturi (MyHome) ( Johor Land Berhad) pada Pengarah Eksekutif Johor Land Berhad, Tuan Haji Muhammad Yusof Ahmad.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Perumahan Mampu Milik Pangsapuri Kasturi (MyHome) ( Johor Land Berhad) pada Pengarah Eksekutif Johor Land Berhad, Tuan Haji Muhammad Yusof Ahmad.
 ??  ?? Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Hartanah (Property Man) pada Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Paramount Corporatio­n Berhad, Dato ‘Teo Chiang Quan
Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Hartanah (Property Man) pada Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Paramount Corporatio­n Berhad, Dato ‘Teo Chiang Quan
 ??  ?? Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun (tiga dari kiri) menyampaik­an Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hartanah Terbaik pada Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad, Datuk Hashim bin Wahir.
Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun (tiga dari kiri) menyampaik­an Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hartanah Terbaik pada Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad, Datuk Hashim bin Wahir.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pejabat bagi KL Eco City (S P Setia Berhad) pada Presiden dan Ketua pegawai eksekutif S P Setia Berhad, Dato’ Khor Chap Jen.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pejabat bagi KL Eco City (S P Setia Berhad) pada Presiden dan Ketua pegawai eksekutif S P Setia Berhad, Dato’ Khor Chap Jen.
 ??  ?? Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pembinaan Pengkhusus­an bagi Sunway Medical Centre 3 (Sunway Medical Centre Sdn bhd) pada Ketua Pengarah Urusan Sunway Medical Centre Sdn Bhd, Lau Beng Long.
Tunku Fauzi Bin Tunku Abdul Malek (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pembinaan Pengkhusus­an bagi Sunway Medical Centre 3 (Sunway Medical Centre Sdn bhd) pada Ketua Pengarah Urusan Sunway Medical Centre Sdn Bhd, Lau Beng Long.
 ??  ?? Presiden Dunia FIABCIWali­d Moussa berucap pada majlis Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2019 yang berlangsun­g di Hotel One World, baru-baru ini.
Presiden Dunia FIABCIWali­d Moussa berucap pada majlis Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2019 yang berlangsun­g di Hotel One World, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia