Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN perjuang MA63 demi menuntut hak rakyat Sabah

- Oleh Henry Bating

Warisan Sabah (WARISAN) komited dengan perjuangan menuntut hak-hak rakyat Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Datuk Anita Baranting berkata di samping tercatat dalam manifesto PRU14, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mengemukak­an tuntutan MA63 dalam Sidang Parlimen minggu lalu.

"Isu tuntutan hak Sabah dalam MA63 tidak pernah dibahaskan dalam Parlimen, sebelum ini, hanya setelah WARISAN memerintah Sabah barulah perkara itu berjaya dibawa ke dalam perbahasan Parlimen," katanya.

Anita menegaskan usaha itu menunjukka­n pucuk kepimpinan WARISAN yang diketuai Shafie benarbenar serius menuntut dan mempertaha­nkan hak-hak rakyat jelata Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 termasuk Perkara 20.

Atas dasar perjuangan itu, katanya semakin ramai kalangan pemimpin dan ahli-ahli pelbagai parti pemerintah sebelum ini mulai memberikan sokongan kepada

WARISAN.

"Sokongan itu dapat mendukung usaha meneruskan agenda pembanguna­n bagi memenuhi keperluan rakyat termasuk dari kawasan Tandek," katanya.

Anita berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Kg Rasak Laut yang menyaksika­n penyertaan 500 ahli baharu ke dalam Warisan diketuai Datu Zaman Bayang semalam.

Anita seterusnya menyentuh isu pendatang tanpa izin (PTI) yang hangat ditularkan dalam media sosial dengan menyifatka­n perkara berkenaan sebagai isu lama sejak sebelum kewujudan negara Malaysia.

Sehubungan itu, Anita mengajak rakyat agar tidak terpengaru­h dengan isu PTI kerana sekalipun orang-orang dalam parti tertentu pembangkan­g itu memerintah, masalah PTI tidak akan selesai.

"Suara-suara mereka tentang PTI tidak akan sampai ke mana kerana sudah terbukti pemerintah lalu sejak kemerdekaa­n tidak mampu mengatasi masalah berkenaan," tegasnya.

Anita sebaliknya meminta rakyat menyokong pemimpin WARISAN di pelbagai peringkat seperti cawangan, kawasan dan negeri.

Terdahulu Zaman menyatakan pihaknya bersama 500 ahli baharu dari pelbagai parti Barisan Nasional (BN) memutuskan menyertai WARISAN kerana yakin dengan kemampuan kepimpinan parti berkenaan.

"Penyertaan kami ke dalam WARISAN adalah ikhlas dan sukarela tanpa dipengaruh­i mana-mana pihak," katanya.

Turut hadir Ketua Bahagian

WARISAN Kota Marudu Majamis Timbuong dan wakil penduduk Kg Rasak Laut Bidin Alipuddin.

Dalam ucapannya Majamis memaklumka­n pihaknya akan mengambil langkahlan­gkah positif menggazet tanah Borneo Samudera untuk perkampung­an sembilan kampung dalam kawasan Tandek.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Majamis terima 500 ahli baharu WARISAN.
AHLI BAHARU: Majamis terima 500 ahli baharu WARISAN.
 ??  ?? BORANG: Zaman menyerahka­n 500 borang keahlian Kg Rasak Laut.
BORANG: Zaman menyerahka­n 500 borang keahlian Kg Rasak Laut.
 ??  ?? KEPERLUAN: Bidin ajukan masalah penduduk kepada Anita.
KEPERLUAN: Bidin ajukan masalah penduduk kepada Anita.
 ??  ?? DIALOG: Anita, Majamis dan Zaman bincang dengan penduduk.
DIALOG: Anita, Majamis dan Zaman bincang dengan penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia