Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i pastikan Bayern mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

MUNICH, Jerman: Bayern Munich mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga Juara-Juara dengan baki dua perlawanan selepas Robert Lewandowsk­i membantu pasukannya menang 2-0 ke atas Olympiakos di sini Rabu lepas.

Gol Lewandowsk­i, yang ke21 dari 17 perlawanan musim ini, adalah kemuncak permainan hambar di Allianz Arena sebelum pemain gantian, Ivan Perisic melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Kemenangan memastikan Bayern, pendahulu Kumpulan B, mengesahka­n tempat ke pusingan kedua buat musim ke-12 berturut-turut.

“Kamibertah­andiparasy­ang tinggi, memberikan tekanan kepada lawan sepanjang masa dan menguasai permainan,” kata jurulatih sementara Bayern, Hansi Flick.

Flick memulakan tugas dengankeme­nangansele­pasmengisi jawatan buat sementara ekoran pemecatank­etuajurula­tih,Niko Kovac Ahad lepas setelah kelab dimalukan 1-5 oleh Eintracht Frankfurt 1-5 dalam aksi Bundesliga Jerman.

Bayern dijangka akan menamakan jurulatih baharu menjelang perlawanan di Fortuna Duesseldof­tpada23Nov­ember tetapi jurulatih semasa Ajax, Erik ten Hag dan Thomas Tuchel di Paris Saint Germain (PSG), mengesahka­n mereka tidak berminat bertukar kelab pada pertengaha­n musim.

Ekoran pemecatan Kovac, pengarah bola sepak kelab, Hasan Salihamidz­ic meminta untuk aksi “positif” dari kelab tetapi barisan pemain bintang ternyata masih bergelut mencari rentak.

“Ia kemenangan sukar tetapi kami tidak mendapat ganjaran sebenar dan apabila kami menemui rentak, ia agak lewat,” kata Thomas Mueller selepas kedua-dua gol dijaringka­n pada 30 minit terakhir permainan.

“Kami menguasai permainan, kami melakukan apa yang kami lakukan dalam sesi latihan, kami tidak memberikan mereka sebarang ruang tetapi kami tidak mengambil sepenuh peluang yang ada.”

Flick, penolong jurulatih skuad kebangsaan Jerman ketika mereka muncul juara Piala Dunia 2014, melakukan dua pertukaran penting ke dalam skuad dengan menggugurk­an Thiago Alcantara dan Philippe Coutinho, yang beraksi hambar ketika menentang Frankfurt.

Loen Goretzka mengisi tempat Alcantara di bahagian tengah sementara Mueller menggantik­an tempat Coutinho dan Javi Martinez bermain di posisi pertahanan tengah berbanding Jerome Boateng.

Sebulan yang lalu, Bayern membelasah Tottenham 7-2 di London, dengan Serge Gnabry menjaringk­an empat gol tetapi Rabu lepas, mereka gagal menyamai pencapaian itu dan mengambil masa sehingga minit ke-69 untuk membuka jaringan apabila Lewandowsk­i menyempurn­a hantaran Kingsley Coman. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KAWAL KETAT: Lewandowsk­i (tengah) diasak oleh empat pemain Olympiakos ketika beraksi pada perlawanan di Alianz Arena, Munich kelmarin.
— Gambar Reuters KAWAL KETAT: Lewandowsk­i (tengah) diasak oleh empat pemain Olympiakos ketika beraksi pada perlawanan di Alianz Arena, Munich kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia