Utusan Borneo (Sabah)

Kayuhan Amal Masjid Setia Raja di Mukah pada 24 Nov

-

KUCHING: Jawatankua­sa Masjid Setia Raja Mukah dengan kerjasama Kelab Berbasikal Santai Mukah akan menganjurk­an Kayuhan Amal Masjid Setia Raja pada 24 November ini.

Pengerusi bersama program, Jamil Othman berkata pihaknya menyasarka­n seramai 150 peserta untuk menyertai program sihat yang julung kali diadakan itu.

“Objektif utama penganjura­n program ini untuk mengumpul dana dari yuran penyertaan yang akan disalurkan kepada pihak masjid.

“Selain yuran, sumbangan dari para pekayuh semasa program nanti juga akan kita salurkan kepada masjid,” katanya pada majlis penyerahan tajaan dari Lea Sports Centre di Wisma Hopoh kelmarin.

Menurutnya, meskipun julung kali diadakan ia telah mendapat sambutan begitu menggalakk­an dengan seramai 41 pekayuh dari Brunei juga akan turut serta.

Tambah beliau, kayuhan akan bemula pada jam 6.30 pagi berlepas dari Masjid Setia Raja Mukah ke Masjid Oya dengan jarak kayuhan sejauh 50km.

Katanya, beberapa kenamaan juga telah dijemput untuk memeriahka­n kayuhan itu nanti.

“Kayuhan ini kita anjurkan dengan kerjasama beberapa jabatan-jabatan berkaitan seperti Pejabat Daerah Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya untuk persediaan tempat dan sebagainya.

“Kita juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada pihak Lea Sports Centre kerana sudi menaja baju dan medal untuk diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian,” kata

Jamil yang juga Presiden Kelab Berbasikal Santai Mukah.

Terdahulu, berlangsun­g majlis penyerahan tajaan yang disempurna­kan oleh Pengurus Pemasaran LSC, Alice Kho dan Pengurus Runcit LSC, Melati Melebeh.

 ??  ?? SOKONGAN: Jamil (dua kanan) menerima tajaan daripada Alice sambil disaksikan Melati (kiri) pada majlis ringkas penyerahan tajaan kelmarin.
SOKONGAN: Jamil (dua kanan) menerima tajaan daripada Alice sambil disaksikan Melati (kiri) pada majlis ringkas penyerahan tajaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia