Utusan Borneo (Sabah)

Leonardo selar komen Zidane tentang impian Mbappe bermain bersama Real

-

Pengarah bola sepak kelab Paris Saint Germain (PSG), Leonardo, menyelar jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane kerana mencadangk­an impian Kylian Mbappe adalah untuk bermain bersama kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu.

“Secara jujurnya, ia menjengkel­kan,” kata Leonardo selepas PSG menewaskan Club Brugge 1-0 dalam aksi Liga JuaraJuara Rabu lepas sambil menambah bahawa “ia bukan kali pertama ia berlaku”.

Zidane ditanya tentang kemungkina­n satu perpindaha­n untuk penyerang berusia 20 tahun itu, yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018.

“Kita akan lihat di masa hadapan. Beliau (Mbappe) sentiasa berkata ia adalah impian beliau untuk bermain bersama Real Madrid,” jawab Zidane.

Leonardo, yang jelas tidak senang dengan komen itu berkata ia adalah satu cubaan sengaja untuk menimbulka­n keraguan pemain penyerang itu.

“Saya fikir sekarang bukan masa untuk bercakap tentang perkara ini. Beliau adalah seorang pemain yang mempunyai baki kontrak dua tahun setengah bersama kami, jadi untuk bercakap tentang apa yang beliau mahu, impian beliau pada setiap masa adalah tidak masuk akal,” kata beliau.

“Kylian adalah seorang pemain yang sangat penting untuk kami. Sekarang bukan masa untuk menjejaska­n semangat beliau.

Mbappe diturunkan dalam kesebelasa­n utama PSG ketika menentang Club Brugge dengan gol Mauro Icardi sudah memadai untuk kelab mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua kejohanan.

PSG akan ke Real Madrid pada perlawanan seterusnya dari Kumpulan A pada lewat bulan ini.

Dalam pada itu, Leonardo berkata PSG tidak tergesa-gesa menawarkan kontrak baharu kepada dua pemain veteran, Thiago Silva dan Edinson Cavani, dengan kedua-dua pemain akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia