Utusan Borneo (Sabah)

KBS sokong anjuran ‘Run for Ma-Zhong’

Tunjukkan jalinan di antara Malaysia dan China berterusan baik, pada masa sama promosi perpaduan, kerjasama pelbagai etnik

- Oleh Siti Aisyah Naruddin

KOTA KINABALU: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menyokong usaha penganjura­n program ‘Run for Ma-Zhong’ oleh Ma-Zhong Friendship Associatio­n bersama Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe berkata, larian berkenaan mendapat sambutan menggalakk­an daripada komuniti tahun lepas.

Katanya, ia turut menunjukka­n jalinan di antara Malaysia dan China berterusan baik.

Pada masa sama katanya, larian itu turut mempromosi­kan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

Phoong berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jawatankua­sa Penganjur ‘Run for MaZhong’ yang diketuai oleh Pengerusi Penganjur Veron

Tan di sini kelmarin. Veron berkata, kerjakerja awal mula dijalankan sebagai persediaan sebelum larian pada 24 November ini.

Menurutnya,larianberk­enaan mula dilepaskan pada jam 6 pagi di Padang Merdeka di sini.

“Selain untuk mengumpul dana bagi aktiviti persatuan, larian ini bertujuan mempromosi­kan interaksi dan jalinan sesama peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.

“Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM58 untuk seorang peserta dan RM50 untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Bayaran yuran itu termasuk baju T dan pingat yang akan disampaika­n sebaik larian tamat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk menyertai larian itu boleh mendaftar dengan melayari laman sesawang http://tiny. cc/mzrun2019 atau terus ke pejabat Borneo Kellybays S/B (Premier Golf Center Kompleks Sukan Likas) sebelum 14 November 2019.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 016-8139933, 0168304020, 016-8309269, 088-234605 atau 088272605.

 ??  ?? LARIAN: Phoong (tengah) bersama Jawatankua­sa Penganjur ‘Run for Ma-Zhong’ selepas kunjungan berkenaan.
LARIAN: Phoong (tengah) bersama Jawatankua­sa Penganjur ‘Run for Ma-Zhong’ selepas kunjungan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia