Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Kuning juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga SK Pekan Menumbok Ke-98

-

MENUMBOK: Rumah Kuning muncul juara keseluruha­n selepas mengunggul­i Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok (SKPM) Kali Ke98 tahun 2019 yang berakhir kelmarin.

Kejohanany­angberlang­sung di Padang Pekan Menumbok itu menyaksika­n Rumah Kuning merangkul 14 pingat emas, 10 perak dan 6 gangsa untuk bergelar juara keseluruha­n menewaskan tiga rumah sukan yang lain.

Rumah Kuning yang pernah menjadi juara dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017 diketuai oleh jurulatih Marlenahle­lawati Abd Ghani dan Asni Rainih.

Naib johan Rumah Merah dengan 8 emas, 5 perak dan 7 gangsa.

Manakala Rumah Biru dan Rumah Hijau menduduki tempat ketiga dan keempat selepas masing-masing mengumpul 6 emas, 10 perak dan 9 gangsa dan 5 emas, 7 perak dan 10 gangsa.

Atlet Rumah Merah, Mohd Ibnu Fahmi Mohd Fadzli dan Siti Atiah Yusof dari Rumah Hijau dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti SKPM 2019 dengan masing-masing meraih dua pingat emas individu.

Ahli Rumah Kuning terus ceria selepas memenangi pertanding­an perbarisan diikuti Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Hijau.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Pembantu Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Menumbok, Ag Ishak@Jasni Ag Sabli yang mewakili Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah DSP Haji Mohd Dun.

Turut hadir, Pegawai Perhubunga­n P177 Beaufort, Muslim Taragis, Guru Besar Cemerlang SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip, Penolong Kanan Pentadbira­n, Muhammad Azeem Charles Abdullah dan Penolong Kanan

HEM, Siti Rominah Jurin.

Sementara itu, Guru Besar Cemerlang, Nordin Mohd Taip berkata, Kejohanan Olahraga Tahunan adalah satu cara untuk membina kemenjadia­n murid.

Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, dan emosi akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggun­gjawab, berdisipli­n dan membina jati diri ke arah kepimpinan.

Tambah beliau, dalam kejohanan tersebut ada kesinambun­gan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah, negara dan bangsa.

“Ini dapat dibuktikan apabila SK Pekan Menumbok melahirkan tiga murid sekolah itu yang telah mewakili acara bola sepak peringkat antarabang­sa di Kota Kinabalu barubaru ini.

Sementara itu, Ag Ishak@ Jasni Ag Sabli, mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada barisan guru-guru, ibu bapa dan juga AJK PIBG SK

Pekan Menumbok kerana bertungkus-lumus merealisas­ikan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah pada tahun ini.

Katanya, kejohanan olahraga sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat kesukanan anakanak.

Beliau berkata ia bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anakanak yang bertanding dalam acara-acara sukan tetapi juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan muridmurid.

 ??  ?? JUARA: Rumah Kuning juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Tahunan Olahraga Tahun 2019.
JUARA: Rumah Kuning juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Tahunan Olahraga Tahun 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia