Utusan Borneo (Sabah)

Son bangkit dari trauma dengan jaringan berganda

Tottenham tingkatkan peluang untuk mara pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas menewaskan Red Star 4-0 Rabu lepas

-

Tottenham tingkatkan peluang untuk mara pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas menewaskan Red Star 4-0 Rabu lepas

BELGRADE, Serbia: Son Heung-min bangkit dari trauma hujung minggu lepas apabila menjaringk­an dua gol ketika Tottenham Hotspur menewaskan Red Star Belgrade 4-0 Rabu lepas untuk meningkatk­an peluang melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut.

Pemain antarabang­sa Korea Selatan itu meninggalk­an padang dengan tangisan selepas dibuang padang ekoran kekasaran yang menyebabka­n pemain Everton, Andre Gomes, mengalami kecederaan kaki yang serius Ahad lepas.

Kad merah beliau pada perlawanan itu bagaimanap­un ditarik balik selepas rayuan dengan kecederaan Gomes sebenarnya berpunca kerana cara mendarat yang salah ketika melompat terlalu tinggi.

Tetapi Son masih membuat isyarat memohon maaf selepas dua gol dalam separuh masa kedua yang memastikan kemenangan pertama Spurs di tempat lawan dalam semua pertanding­an sejak kebangkita­n luar biasa ketika menentang Ajax pada bulan Mei yang membawa mereka ke final kejohanan ini musim lepas.

“Ia adalah beberapa hari yang sukar tetapi bersamasam­a rakan sepasukan, saya menyedari betapa bertuahnya saya,” kata Son.

“Saya masih bersimpati dan meminta maaf tentang apa yang berlaku (Ahad lepas) tetapi saya terpaksa memberi fokus untuk pasukan. Saya fikir ini adalah jawapan sebenar kepada mereka yang memberi sokongan kepada saat.”

Dua lagi gol Spurs dijaringka­n Giovani Lo Celso, gol pertama beliau pada penampilan kesebelasa­n utama yang pertama, dan Christian Eriksen untuk melengkapk­an jaringan dan menyokong peningkata­n prestasi pasukan selepas menewaskan Red Star 50 di tempat sendiri dua minggu lepas.

Tottenham melonjak ke tangga kedua dan berkelebih­an empat mata di hadapan Red Star dalam Kumpulan B dan akan dijamin kelayakan ke pusingan kedua jika menewaskan Olympiakos pada 26 November.

“Kami berasa gembira dengan prestasi pasukan,” kata Pochettino.

“Sekarang kami perlu meneruskan rentak, ada satu lagi perlawanan. Kami perlu mengumpul tiga lagi mata tetapi ia sesuatu yang menarik selepas menentang Everton.”

Spurs memburu khidmat Lo Celso untuk hampir sepanjang musim panas lepas tetapi hanya melengkapk­an kontrak pinjaman pemain itu dari Real Betis pada hari terakhir pasaran perpindaha­n.

Kekurangan persediaan pramusim menyumbang kepada kecederaan yang menyebabka­n pemain dari Argentina itu hanya bermain 74 minit sebagai pemain gantian pada enam perlawanan sebelum diturunkan dalam kesebelasa­n utama Rabu lepas tetapi ada petanda menggalakk­an apabila Lo Celso mempamerka­n aksi memberangs­angkan dan menjaringk­an gol pertamanya bersama kelab.

Beliau membuka jaringan buat Spurs pada minit ke34 ketika Spurs menguasai permainan dan kedudukan kekal sehingga masa rehat.

Spurs mengekalka­n rentak permainan dan menjaringk­an tiga lagi gol selepas rehat dengan Son menjaringk­an dua gol dalam tempoh empat minit sebelum Eriksen melengkapk­an jaringan pada minit ke-85. — AFP

Ia adalah beberapa hari yang sukar tetapi bersama-sama rakan sepasukan, saya menyedari betapa bertuahnya saya.

Son Heung-min

Pemain Tottenham Hotspur

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? Son (kiri)melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Red Star, Milan Borjan untuk menjaringk­an gol buat Spurs pada perlawanan Kumpulan B saingan Liga Juara-Juara di Stadium Rajko Mitic, Belgrade kelmarin.
— Gambar AFP Son (kiri)melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Red Star, Milan Borjan untuk menjaringk­an gol buat Spurs pada perlawanan Kumpulan B saingan Liga Juara-Juara di Stadium Rajko Mitic, Belgrade kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia