Dua kaki pukul ditahan polis di Papar

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Dua lelaki yang bertindak membelasah seorang individu dalam rakaman video berdurasi 39 saat dan tular di media sosial berjaya ditahan polis di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Batholomew Umpit berkata, kedua-dua suspek itu berjaya ditahan selepas mangsa berumur 30 tahun membuat laporan polis sebaik dipukul Rabu lalu.

“Siasatan mendapati mangsa dibelasah kerana dituduh merogol wanita yang turut kelihatan di dalam video tular itu.

“Wanita terbabit bagaimanap­un tidak pernah membuat laporan polis berkenaan kejadian serta kedua-dua suspek bukan ahli keluarga wanita berkenaan dan hanya masuk campur dalam kes ini,” katanya.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka itu bertindak membuat laporan polis sebelum diambil keterangan bagi membantu siasatan dan mendapatka­n rawatan lanjut di Hospital Papar kemudianny­a.

“Bertindak dengan kejadian, kedua-dua suspek sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

PUKUL: Dua suspek kelihatan memukul mangsa dalam rakaman video berdurasi 39 saat dan tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.