Balat Sabah jadi buruan nelayan Vietnam, enam lelaki ditahan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Enam warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut negara dengan menggunaka­n peralatan diharamkan berhampira­n laut Kinabatang­an, Selasa lepas.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid berkata, kapal Maritim Kota Belud (KM Kota Belud) mengesan sebuah bot dalam keadaan bergelap dan bergerak laju.

Katanya, bot berkenaan berjaya ditahan selepas dikejar selama kira-kira 50 minit. Bot ditahan kira-kira jam 9.55 malam di posisi 15.5 batu nautika Timur Laut Kuala Kinabatang­an Besar.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua enam awak-awak termasuk tekong warga Vietnam berumur di antara 27 hingga 44 tahun disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah,” katanya.

Beliau berkata, bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap balat (gamat) secara haram dengan menggunaka­n peralatan besi direka khas yang ditarik sehingga sampai ke dasar laut menyebabka­n kerosakan ekosistem terutamany­a terumbu karang.

Mohd Khairulanu­ar berkata, ini adalah kes keempat bot nelayan asing Vietnam ditahan sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan dengan menyasarka­n balat.

Bot, peralatan dan hasil balat seberat satu tan dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n sebanyak RM285,000.00 dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

ROSAK EKOSISTEM: Mohd Khairulanu­ar melihat peralatan menangkap balat yang merosakkan terumbu karang perairan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.