Sabah warta 90 kampung dalam kawasan hutan simpan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

PENAMPANG: Kerajaan Negeri bersetuju mewartakan 90 kampung di negeri ini yang termasuk dalam kawasan Hutan Simpan, demikian menurut Menteri Pembanguna­n Luar bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Menurut beliau keputusan itu dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Kabinet Negeri pada dua hari lepas yang dipengerus­ikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya ia sejajar dengan pendirian Kerajaan Negeri diterajui Mohd Shafie bahawa terdapat keperluan mewartakan

kampung yang sudah sekian lama dalam kawasan hutan simpan atau konsesi syarikat Kerajaan Negeri Sabah.

“Perkara ini dibincang pada mesyuarat kabinet negeri dua hari lepas dan bersetuju sebanyak 90 kampung seluruh Sabah diwartakan dalam kawasan Hutan Simpan. Ini keputusan kabinet negeri yang pertama mewartakan jumlah kampung yang banyak yang sudah wujud lama dalam kawasan Hutan Simpan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Persatuan Pelanconga­n, Homestay dan Produk Kampung Kibunut Penampang dekat sini, semalam.

Keputusan itu susulan keprihatin­an Ketua Menteri dan jemaah menteri dalam membela rakyat yang sudah sekian lama menuntut tanah kampung yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan di negeri ini. Antara kampung berkenaan ialah daerah Kota Belud, Tamparuli, Tuaran, Tenom, Lahad Datu, Beluran dan Pulau Banggi.

Dalam perkembang­an lain, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata kabinet negeri juga bersetuju menubuhkan Jawatankua­sa Khas Mengenai Pelanconga­n Luar Bandar yang dianggotai oleh kementeria­nnya dan Kementeria­n Pelanconga­n,

Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Beliau berkata, jawatankua­sa khas itu ditubuhkan untuk memperhalu­si hal-hal berkaitan polisi, keperluan infrastruk­tur dan program membabitka­n promosi serta pemasaran bagi membantu pengusaha pelanconga­n luar bandar melonjakka­n produk mereka.

Menurutnya mesyuarat jawatankua­sa itu nanti yang akan dipengerus­ikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew akan mengemukak­an syor dasar kepada Kabinet Negeri untuk dimuktamad­kan sebelum dijadikan peraturan oleh agensi terlibat seperti pihak berkuasa tempatan dan pengusaha itu sendiri.

“Pada masa sekarang tiada polisi atau dasar khas boleh diguna sebagai panduan bagi tujuan pelesenan dan pembanguna­n khas untuk pelanconga­n luar bandar seperti keperluan infrastruk­tur jalan raya, keselamata­n dan pengurusan sisa pepejal,” kata Ewon.

Selepas mesyuarat diadakan dalam masa terdekat ini, syor itu akan dikemukaka­n kepada kabinet negeri untuk dilaksanak­an pada tahun hadapan.

EWON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.