Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi PUSPANITA Sabah kini diterajui Nuinda

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah kini diterajui Datin Nuinda Alias berkuat kuasa 4 November lalu.

Majlis penyerahan nota serah tugas jawatan di antara mantan Pengerusi Datin Seri Panglima A’zah Ismail kepada Nuinda berlangsun­g di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, semalam.

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri

Datuk Safar Untong, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan ahli-ahli Jawatankua­sa Induk PUSPANITA Cawangan Sabah.

 ??  ?? KENANGAN: Safar (lapan kiri), Datu Rosmadi (tujuh kiri) dan Hashim (lapan kanan) turut merakam kenangan sempena penyerahan nota tugas oleh A’zah kepada Nuinda (sembilan kiri).
KENANGAN: Safar (lapan kiri), Datu Rosmadi (tujuh kiri) dan Hashim (lapan kanan) turut merakam kenangan sempena penyerahan nota tugas oleh A’zah kepada Nuinda (sembilan kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia