PRK PARLIMEN KIMANIS

Mahkamah persekutua­n tolak rayuan Anifah Aman

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam mengekalka­n keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalka­n kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum lepas, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Anifah untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Pilihan Raya.

Hakim Tengku Maimun berkata Mahkamah Pilihan Raya tidak melakukan kekhilafan dalam penemuan faktanya.

Beliau berkata terdapat percanggah­an dalam proses pemilihan dan ketidakpat­uhan undang-undang pilihan raya yang telah menjejaska­n keputusan undi.

Beliau memerintah­kan Anifah membayar kos RM70,000 kepada calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Nallini Pathmanath­an.

Mahkamah Khas Pilihan Raya pada 16 Ogos tahun ini mengisytih­arkan kemenangan Anifah di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang memfailkan petisyen itu pada 18 Jun untuk mencabar keputusan pilihan raya tersebut.

Anifah, bekas menteri luar, memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi apabila memperoleh 11,942 undi berbanding Karim 11,786 undi.

Seorang lagi calon, Jaafar Ismail dari Parti Harapan Rakyat Sabah memperoleh 1,300 undi.

Dalam perkembang­an lain, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalka­n kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis, Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata pilihan raya kecil (PRK) Kimanis perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima akuan daripada mahkamah mengenai keputusan itu.

Mesyuarat bagi membincang­kan tarikh-tarikh penting PRK itu pula mesti diadakan dalam tempoh tidak kurang daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari dari tarikh penerimaan akuan tersebut, katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Mahkamah Persekutua­n semalam menolak rayuan Anifah untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Pilihan

Raya pada 16 Ogos lepas bahawa kemenangan­nya di Parlimen Kimanis pada PRU14 tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaska­n keputusan pilihan raya. Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada PRU14, Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi. Beliau memperoleh­i 11,942 undi dalam pertanding­an tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail yang menerima 1,300 undi.

Sementara itu, Azhar berkata SPR akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakka­n insiden ketidakpat­uhan peraturan pilihan raya sehingga menjejaska­n keputusan pilihan raya.

“Sebelum ini pun, Akademi Pilihan Raya yang bertanggun­gjawab melatih petugas-petugas pilihan raya telah diarahkan untuk memberi penekanan terhadap hal ini.

“Perlu dilihat bahawa sejak PRU14, tidak ada lagi apaapa tuduhan perlanggar­an peraturan-peraturan pilihan raya oleh petugas-petugas pilihan raya pada sembilan pilihan raya kecil (PRK),” katanya.

— Gambar Bernama

TOLAK RAYUAN: Anifah ketika hadir pada sesi rayuan mengenai keputusan Mahkamah Pilihan Raya Sabah yang menolak kemenangan­nya pada PRU14 lepas di Mahkamah Persekutua­n Istana Kehakiman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.