Utusan Borneo (Sabah)

KBS diseru bina litar lumba di Sabah

-

MEMBAKUT: Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (KBS) perlu membina sebuah litar lumba di negeri Sabah, kata Ketua Angkatan Bersatu AnakMuda(ARMADA)Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Katanya, pembinaan litar perlembaan motor itu perlu direalisas­ikan segera bagi memenuhi permintaan peminat sukan permotoran di negeri ini.

“Ramai anak-anak muda di Sabah berminat dengan sukan permotoran, tetapi Sabah masih tidak memiliki litar lumba.

“Justeru sudah tiba masanya KBS menimbang membina sebuah litar lumba untuk anak-anak muda Sabah agar sukan permotoran dapat dibangunka­n dan dikembangk­an di Sabah.

“Kita tidak minta litar lumba yang besar seperti Litar Antarabang­sa Sepang. Sabah perlukan sebuah litar seperti Litar Pasir Gudang dan Litar Gong Badak di Terengganu bagi merangsang industri sukan pemotoran di negeri ini amnya dan Malaysia khasnya,” katanya.

Mohd Isquzawan berkata demikian pada Program

TownHall Belia Negeri Sabah di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping, kelmarin.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menghadiri program itu yang dianjurkan oleh ARMADA Negeri Sabah.

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif yang juga Bendahari BERSATU Negeri Sabah, ADUN Lumadan Matbali Musah dan ADUN Klias Datuk Isnin Alisnih.

Mohd Isquzawan berkata, dengan adanya litar lumba di Sabah, anak-anak muda Sabah mempunyai tempat untuk berlumba dan mengetenga­hkan bakat mereka.

Beliau juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk anak-anak muda di negeri Sabah di bawah Belanjawan Negara tahun 2020.

“Dengan suntikan dana khas berjumlah RM6.5 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan tahun depan, ARMADA Sabah berharap Sabah turut mendapat limpahan peluangpel­uang pekerjaan untuk anak-anak muda di bandar, pinggir bandar dan luar bandar,” katanya.

Mohd Isquzawan juga meminta KBS menaiktara­f gelenggang futsal di beberapa kawasan parlimen di negeri Sabah.

Katanya, itulah antara suara dan permintaan anakanak muda di Sabah yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan menerusi KBS.

Menurutnya, ARMADA Sabah bukan sahaja sebuah platform politik tetapi adalah organisasi yang mendengar, mengumpul idea-idea dan kehendak anak-anak muda Sabah.

“ARMADA Sabah akan menyampaik­an hasrat mereka dan bersama-sama perjuangka­n isu-isu anakanak muda negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Arifin yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kimanis dalam ucapannya mencadangk­an KBS membina sebuah Pusat Sukan Bersepadu Bahagian Pantai Barat Selatan di Membakut.

Katanya, para belia hanya dapat maju, berjaya dan status mereka dimartabat­kan dengan memiliki nilai-nilai ilmu yang luhur.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Syed Saddiq (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada belia, sambil diperhatik­an oleh Mohd Isquzawan (kiri) dan Mohd. Arifin (tengah).
PENGHARGAA­N: Syed Saddiq (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada belia, sambil diperhatik­an oleh Mohd Isquzawan (kiri) dan Mohd. Arifin (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia