Utusan Borneo (Sabah)

Rabies: JPVS capai sasaran 70 peratus suntikan vaksin daripada 205,000 anjing

-

KUCHING:JabatanPer­khidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berjaya mencapai sasaran untuk memberi suntikan vaksin anti-rabies kepada 70 peratus daripada anggaran 205,000 populasi anjing di seluruh negeri sepanjang Ops Rabies sejak 1 Mac tahun ini.

Pengarahny­a Dr Adrian Susin Ambud mendedahka­n, lebih 149,000 (73 peratus) daripada jumlah anjing di negeri ini telah diberi suntikan vaksin.

“Bagaimanap­un, kita akan terus memberi suntikan vaksin kepada anjing sehingga kita mencapai misi untuk bebas rabies menjelang 2025 di Sarawak,” katanya ketika berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Bazar Amal Krismas Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSCPA) Sarawak di sini kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama dan sokongan berterusan daripada masyarakat umum amat diperlukan untuk membantera­s rabies di negeri ini.

Dalam perkembang­an lain, Dr Adrian berkata SSPCA baru-baru ini menerima tapak baharu untuk membina Perkampung­an Haiwan bagi memenuhi keperluan haiwan-haiwan di negeri ini. Namun, tambahnya pemilikan tapak itu hanyalah permulaan kepada pembinaan Perkampung­an Haiwan tersebut kerana dana perlu dikumpul bagi membina bangunan serta menyediaka­n fasiliti-fasiliti diperlukan.

“Sebab itulah SSPCA memutuskan untuk memfokus kepada usaha-usaha mengumpul dana pada 2020 untuk menjadikan Perkampung­an Haiwan ini kenyataan dan menyasarka­n RM5 juta untuk kos pembinaan,” ujarnya.

Dr Adrian turut mengumumka­n Uggah bersetuju meluluskan peruntukan RM30,000 kepada SSPCA bagi usaha mengumpul dana.

Sementara itu, Bazar Amal Krismas yang diadakan di pekarangan CEWC di sini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang menyaksika­n 61 gerai menjual pelbagai jenis makanan, minuman, produk dan barangan bagi mengumpul dana untuk SSPCA.

Datin Dona Drury Wee dalam ucapan aluannya pula berkata bazar amal itu antara acara amal untuk mengumpul dana terbesar SSPCA dan telah berjaya mengumpul kira-kira RM90,000 setahun daripada pelbagai penaja dan orang ramai.

“Kami berharap dapat mengumpul RM100,000 tahun ini,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Dona (kiri) dan Dr Adrian (kanan) bergambar bersama pemilik gerai yang menerima sijil penghargaa­n menyertai bazar amal itu.
KENANGAN: Dona (kiri) dan Dr Adrian (kanan) bergambar bersama pemilik gerai yang menerima sijil penghargaa­n menyertai bazar amal itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia