Utusan Borneo (Sabah)

Serangan di kawasan pelanconga­n New Orleans, 10 cedera

-

WASHINGTON: Sepuluh orang cedera dalam satu serangan tembakan awal kelmarin di French Quarter, New Orleans, hab pelanconga­n popular, kata polis Amerika Syarikat (AS), dan menambah dua daripada mangsa yang cedera itu dalam keadaan tenat.

Serangan tembakan itu berlaku pada jam 3.21 pagi waktu tempatan di sebuah lebuh komersial yang sesak berhampira­n banyak hotel dalam sebuah daerah bersejarah yang menarik pelawat dari seluruh dunia.

Terdahulu polis melaporkan 11 orang cedera tetapi seterusnya meminda jumlah tersebut.

Belum ada tangkapan dibuat, dan motif di sebalik serangan tembakan itu masih belum jelas, tetapi polis berkata mereka sudah menyoal seorang individu berhampira­n lokasi jenayah dan masih menjalanka­n siasatan.

Polis berkata mereka bertindak dengan cepat terhadap insiden itu selepas peronda tambahan dikerah bertugas untuk satu permainan futbol tahunan sempena Hari Kesyukuran.

Persaingan di antara dua universiti di Louisiana, Grambling State dan Southern University, setiap tahun membawa puluhan ribu pelawat ke bandar raya itu.

“Kita ada anggota di blok itu yang menyangka mereka sedang ditembak,” kata penguasa polis Shaun Ferguson kepada pemberita.

“Malangnya, orang begitu ramai di luar sana, kami tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan ketika itu.

“Malah kami tidak tahu bagaimana ia bermula,” jelasnya lanjut.

Datuk Bandar New Orleans LaToya Cantrell menulis dalam Twitter, “serangan tembakan di Canal Street pada awal pagi tadi merupakan gangguan buruk bagi hujung minggu percutian yang indah”.

Gambar yang diterbitka­n dalam laman sesawang berita Nola-com menunjukka­n Canal Street dikotori penanda kuning bagi kasing peluru atau bukti lain.

Serangan tembakan besar-besaran sudah menjadi ciri hidup yang suram di AS, di mana Pindaan Kedua Perlembaga­an menjamin hak rakyat untuk menyimpan dan membawa senjata, namun keganasan senjata api meragut hampir 40,000 nyawa setiap tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia