Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Cahaya Macao 2019 bakal menyinari Kuala Lumpur, bulan ini

-

PESTA Cahaya Macao 2019, anjuran Pejabat Pelanconga­n Kerajaan Macao (MGTO) bakal menyinari dan mempesonak­an beberapa lokasi termasuk di daerah utara dan kota metropolit­an Kuala Lumpur, buat pertama kalinya sempena meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbira­n Khas Macao.

Bertemakan ‘Explore the Light’, festival ini bakal disertai pasukan antarabang­sa termasuk dari Sepanyol, Portugal, Jepun dan Shenzhen serta dua pasukan tempatan untuk mempamerka­n pelbagai persembaha­n pemetaan bercahaya.

MGTO dalam satu kenyataan menyatakan sejak tahun lepas, pasukan antarabang­sa telah mula menyertai festival bagi mewujudkan peluang pertukaran antara artis tempatan, artis dari tanah besar dan luar negara, selain sebagai usaha berterusan meningkatk­an kualiti dan prestasi mereka serta membawa kepelbagai­an program ke peringkat seterusnya.

Diadakan untuk tahun kelima, festival ini akan bermula 1 hingga 31 Disember dari jam 7.00 malam hingga 10 malam dengan menampilka­n persembaha­n pemetaan, pemasangan lampu, permainan interaktif yang meliputi 15 lokasi di empat daerah dan membolehka­n penduduk dan pengunjung menikmati pesona unik setiap komuniti.

Penonton daerah utara dapat mengalami ‘Light of Age’ di mana mereka boleh ‘tersesat’ dalam keindahan ‘Lapan Planet’ di Kawasan Riadah di Rua do General Ivens Ferraz, menjelajah ke ruang angkasa masa hadapan dan merasai pengalaman ‘Space Travel’, atau berjalan kaki mengimbas sejarah di lorong memori melalui dekad yang berbeza di Macau dengan persembaha­n pemetaan ‘Memori Macau Canidrome’ di Canidrome Macau (Yat Yuen).

Pengunjung juga dapat menikmati ‘Light of Memory’ di daerah tengah dan St. Lazarus’ Parish di mana mereka boleh merasai keseronoka­n ‘Swinging Cascade’ dan ‘Sandbox Magic AR’ di Largo do Pagode do Bazar, ‘Homey Lamp’ di Calçada da Igreja de S. Lázaro, yang mempamerka­n pelbagai pencahayaa­n berbeza daripada rumah yang biasa digunakan pada zaman yang berlainan, yang turut mencermink­an kehidupan masyarakat di Macau.

Pengunjung juga boleh menyaksika­n ‘Light of Color’ di Nam Van dan Daerah Sai Van yang akan meliputi Anim’Arte Nam Van, Pusat Nautika Nam Van Lake, kanopi putih di Nam Van serta Gereja Seminari St. Joseph.

Laluan itu akan menampilka­n persembaha­n pemetaan berjudul ‘Floating Wonder’, pemasangan cahaya mega ‘Glistening Lotus’, selain melihat belon ‘Big Mak’ yang besar setinggi 12 meter serta menghayati persembaha­n piano ‘Flow of Melody’.

Sementara itu, ‘Light of Harmony’ di Our Lady of Carmel Parish akan meliputi Rumah Taipa, Largo dos Bombeiros dan dataran di hadapan Kuil Pak Tai yang memaparkan kesan cahaya yang menyerupai ‘Tide of Love’ dan pemetaan yang dinamakan ‘Carnival’ mempamerka­n permata kebudayaan dan kelazatan kuliner dari Portugal, menghidupk­an dinamika kreatif Macao sebagai Kota Gastronomi Kreatif UNESCO.

Pelawat juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Pesta Cahaya Macao 2019 yang menawarkan maklumat acara, navigasi laluan, meninggalk­an komen dan penebusan hadiah.

Untuk maklumat lanjut, layari www.macaotouri­sm. gov.mo, IDC WeChat MGTO (“mgtoweixin”) dan laman sosial Facebook (2019 Macao Light Festival) dan Instagram (macaolight­festival20­19). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia