Utusan Borneo (Sabah)

20 orang pasukan penyelamat hantar barangan ke kampung Orang Asli terperangk­ap

-

GUA MUSANG: Seramai 20 orang pasukan penyelamat terperangk­ap ketika menghantar barangan makanan untuk keperluan penduduk Orang Asli yang terjejas banjir di Kampung Pasir Linggi di sini, kelmarin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang Mohd Yusalmi Yusoff berkata ia berikutan jalan ke kampung itu tiba-tiba tertimbus akibat runtuhan tanah berikutan hujan lebat dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin.

“Kejadian itu berlaku ketika pasukan penyelamat dalam perjalanan pulang selepas menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terperangk­ap di kampung tersebut.

“Dalam perjalanan pulang itu, kenderaan yang dinaiki pasukan penyelamat tidak dapat melalui jalan yang digunakan mereka berikutan tanah runtuh di jambatan Sungai Lebir,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian tanah runtuh itu di sini, semalam.

Mohd Yusalmi berkata pasukan penyelamat yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), APM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menunggu sehingga jam 8 malam sementara kerja-kerja menyodok tanah runtuh diselesaik­an.

Beliau berkata pihaknya akan memantau keadaan itu bagi memastikan jalan ke kampung berkenaan selamat dilalui semua penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan jalan ke Kampung Pasir Linggi masih ditutup kepada semua kenderaan kerana jambatan Sungai Lebir tenggelam sejak empat hari lalu.

Beliau berkata bagaimanap­un paras air sungai itu semakin surut apabila keadaan hujan semakin reda pada hari ini berikutan hujan sejak Jumaat lepas.

“Kami juga mengarahka­n semua anggota yang bertugas untuk memantau keadaan banjir di jajahan ini bagi mengurangk­an risiko penduduk terperangk­ap banjir,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia