Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Australia meterai perjanjian usaha sama penerbitan filem

-

Kerajaan Malaysia dan Australia baru-baru ini memeterai perjanjian usaha sama penerbitan filem di Sydney, Australia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, industri filem tempatan mendapat faedah melalui perjanjian itu yang mana produksi daripada Malaysia akan dianggap sebagai produk tempatan Australia dan dengan itu, boleh menembusi pasaran negara lain yang telah menandatan­gani perjanjian dengan Australia.

Menurutnya, Australia telah mengadakan perjanjian usaha sama penerbitan filem dengan beberapa negara seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.

“Ianya juga akan membolehka­n kerjasama kukuh yang akan membantu dalam peningkata­n kuantiti dan kualiti penerbitan usaha sama antara kedua-dua negara,” kata Gobind dalam satu kenyataan berhubung perjanjian usaha sama MalaysiaAu­stralia itu.

Perjanjian itu ditandatan­gani Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Luar Australia Senator Marise Payne.

“Ini merupakan suatu inisiatif yang baik kerana ia boleh membantu industri kreatif negara kita serta membuka lebih banyak peluang dan ruang perniagaan baharu untuk penggiatpe­nggiat industri kita dengan

Australia dan negara-negara lain yang berkaitan di masa hadapan,” kata Gobind.

Menurutnya, perbincang­an usaha sama itu yang diterajui Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bermula sejak 2007 lagi tetapi tiada sebarang persetujua­n rasmi dicapai, sehingga kerajaan baharu mengambil alih di mana langkah-langkah perlu telah diambil untuk menjayakan inisiatif itu.

Selain membantu pembanguna­n kemahiran kepada produksi tempatan menerusi perkongsia­n kepakaran, inisiatif itu juga dapat mengurangk­an risiko kerugian melalui perkongsia­n kos produksi oleh penggiat kedua-dua negara, katanya. Gobind berkata perjanjian usaha sama itu dijangka menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi tempatan melalui peningkata­n peluang pekerjaan serta pendapatan kepada syarikat produksi dan perkhidmat­an sokongan produksi antaranya syarikat sewaan peralatan, industri perhotelan, syarikat katerer dan sewaan kenderaan pengangkut­an.

“Ia juga memberi manfaat yang sama kepada industri sokongan lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri perfileman negara kita,” katanya.

Gobind berkata kerjasama itu juga membolehka­n pertukaran budaya dan kreativiti antara kedua-dua negara melalui pendedahan serta peluang kepada karyawan Malaysia.

“Mereka boleh menonjolka­n bakat masing-masing menerusi lakonan, pengarahan, penulisan skrip, penyunting­an dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan industri ini juga, dijangka berlaku,” katanya.

Menurut Gobind, perjanjian itu juga mengambil kira mekanisme dan fasiliti layanan percukaian yang sedia ada antara kerajaan Malaysia dan Australia dan akan melibatkan aspek undangunda­ng dan peraturan sedia ada negara dalam aspek urusan imigresen, pengimport­an dan eksport peralatan perfileman serta urusan mendapatka­n kebenaran penggambar­an.

“Saya berharap ia akan bantu menjana hasil yang lebih produktif dan bermakna untuk Malaysia dan Australia dalam industri perfileman keduadua negara,” katanya yang menyambut baik perjanjian usaha sama Malaysia dan Australia itu.

Selain Australia, Gobind berkata KKMM kini sedang berbincang dengan beberapa negara lain untuk melihat prospek kerjasama untuk memperkuku­hkan lagi industri perfileman negara di peringkat global di masa hadapan. — Bernama

 ??  ?? GOBIND SINGH DEO
GOBIND SINGH DEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia