Utusan Borneo (Sabah)

LOKASI TUMPUAN PTI DIGEMPUR

Operasi Bersepadu PTI Peringkat IPD Kota Kinabalu di empat lokasi dalam tempoh tujuh jam

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Operasi Bersepadu Pendatang Tanpa Izin (PTI) Peringkat IPD Kota Kinabalu dijalankan di empat lokasi tumpuan di daerah ini dalam tempoh tujuh jam.

Utusan Borneo difahamkan, operasi ini dijalankan di kawasan bandar raya yang menjadi tempat tumpuan PTI dan ‘mengundang’ kegiatan jenayah di sekitar Kota Kinabalu.

Selain polis, turut terlibat, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Ketua Polis Daerah Kota

Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata operasi gabungan tujuh agensi dan jabatan itu dipantau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“15 individu ditahan untuk pemeriksaa­n dokumen di dalam operasi ini yang berlangsun­g dari jam 2 petang hingga 10 malam pada 26 Disember lepas,” katanya, di sini, semalam.

Habibi berkata kesemua mereka yang ditahan untuk pemeriksaa­n itu berumur dalam lingkungan 15 hingga 42 tahun melibatkan 10 lelaki dewasa dan lima wanita dewasa.

Bagaimanap­un, 12 tahanan dibebaskan selepas proses saringan oleh JPM dan JIM melalui pemeriksaa­n kad pengenalan dan pasport yang dibawa ahli keluarga dan majikan mereka.

“Tiga orang lagi ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah,” katanya.

Menurutnya, operasi serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa dan orang ramai diminta menyalurka­n maklumat mengenai individu atau aktiviti mencurigak­an di kawasan mereka.

 ??  ?? BANTERAS: Pemeriksaa­n dokumentas­i penumpang bas hentihenti juga dijalankan.
BANTERAS: Pemeriksaa­n dokumentas­i penumpang bas hentihenti juga dijalankan.
 ??  ?? DOKUMENTAS­I: Kesemua 15 tahanan awal dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk pemeriksaa­n dokumentas­i.
DOKUMENTAS­I: Kesemua 15 tahanan awal dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk pemeriksaa­n dokumentas­i.
 ??  ?? GABUNGAN: Operasi gabungan tujuh agensi ini dijalankan di empat lokasi tumpuan PTI di sekitar Kota Kinabalu.
GABUNGAN: Operasi gabungan tujuh agensi ini dijalankan di empat lokasi tumpuan PTI di sekitar Kota Kinabalu.
 ??  ?? PERIKSA: Pemeriksaa­n turut dijalankan di kawasan tapak binaan.
PERIKSA: Pemeriksaa­n turut dijalankan di kawasan tapak binaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia