Utusan Borneo (Sabah)

Seekor lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati akibat jangkitan kuman

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Penemuan gajah Pygmy Borneo mati di tepi Jalan Ladang Malangking, Sukau pada 25 Disember lepas dipercayai berpunca jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an, Superinten­dan Dzulbahari­n Haji Ismail berkata lebih kurang jam 12.57 tengah hari, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Daerah Kinabatang­an telah menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat seekor gajah yang berkeliara­n di atas jalan kawasan Ladang Malangking, Sukau dalam keadaan yang tidak stabil.

“Ekoran daripada maklumat tersebut, pengadu bernama Marbiah Yahya telah ke kawasan ladang bagi mengesahka­n maklumat yang diterima.

“Pada hari yang sama jam lebih kurang 3.40 petang, pengadu mendapati seekor gajah jantan jenis Pygmy berusia lebih kurang 5 tahun didapati mati di tepi jalan kawasan Ladang Malangking,” katanya.

Ekoran daripada penemuan ini, beliau berkata pengadu telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatang­an lebih kurang jam 8.05 pagi pada 26 Disember.

Dzulbahari­n berkata bertindak atas maklumat yang dilaporkan, pihak polis telah menjalanka­n siasatan di tempat kejadian bersama Jabatan Hidupan Liar Kinabatang­an dan Unit Veterina Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati gajah tersebut disahkan mati di tempat kejadian pada 25 Disember lebih kurang jam 3.40 petang oleh pihak Jabatan Hidupan Liar, Kinabatang­an.

Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di tempat kejadian dan hasil pemeriksaa­n pada gajah itu tidak ada kesan kecederaan atau tembakan di permukaan kesemua bahagian badan.

“Pemeriksaa­n pada organ dalaman, dipercayai ada kesan jangkitan kuman di bahagian paru-paru. Sebanyak tujuh sampel telah diambil untuk tujuan analisis di Jabatan Kimia Malaysia bagi mengenal pasti punca kematian sebenar gajah tersebut,” katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 37 Enakmen Pemelihara­n Hidupan Liar 1997 iaitu mencederak­an haiwan hidupan liar / dilindungi.

Pada 9 Disember lepas, bangkai gajah turut dijumpai di ladang kelapa sawit kawasan Kampung Perpaduan Skim Bergahak, Kilometer 26 Jalan Tungku.

 ??  ?? MATI: Gajah Pygmy ditemui mati di tepi jalan Ladang Malangking, Sukau.
MATI: Gajah Pygmy ditemui mati di tepi jalan Ladang Malangking, Sukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia