Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk kecam tindakan kumpulan lakukan vandalisme

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Tindakan sekumpulan individu berkumpul dan membakar sesuatu sehingga menghasilk­an bentuk swastika atau bendera Nazi dikecam penduduk di Kampung Batu Payung, di sini, barubaru ini.

Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, beberapa kenderaan parkir ke kawasan pesisir pantai tersebut sebelum kumpulan individu terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur bertindak membakar sesuatu berbentuk seperti simbol Nazi.

Penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Rahmat, 40-an, mengaku datang ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan itu selepas mengetahui aktiviti pembakaran berhampira­n jalan raya utama di kampung berkenaan.

“Memang saya sendiri berjumpa dengan mereka bagi bertanyaka­n tujuan mereka berbuat demikian.

“Namun, mereka hanya menjelaska­n ia upacara keagamaan dan tanda bersyukur mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, Rahmat berkata, sebaik sahaja pembakaran itu selesai, dia terkejut melihat kesan pembakaran yang menyerupai simbol Nazi.

Kenyataan itu disokong oleh Redzuan Aziz, 25, yang menyifatka­n tindakan kumpulan individu berkenaan tidak wajar dilakukan di kawasan perkampung­an Islam.

“Bukan hendak bersifat perkauman, tetapi tindakan mereka itu salah kerana melakukan upacara keagamaan di kawasan tanah milik persendiri­an yang beragama Islam.

“Malah mereka tidak meminta kebenaran pemilik tanah sebelum bertindak melakukan upacara keagamaan mereka selain bertindak sewenangny­a menutup satu laluan jalan raya,” katanya.

Ketua Kampung Batu Payung, Amat Salleh pula berkata, kawasan berkenaan sering menjadi tumpuan orang luar untuk berkelah terutamany­a pada cuti umum dan hujung minggu.

“Walaupun, tanah itu bertuan, pemiliknya tidak pernah melarang orang luar untuk datang ke situ.

“Justeru, orang luar perlu sedar akan tindakan yang boleh mereka lakukan terutamany­a membabitka­n isu agama dan moral,” katanya.

Hasil kajian Utusan Borneo mendapati lambang itu juga menyerupai lambang Swastika, antara kepercayaa­n masyarakat Buddha.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat atau aduan polis berkaitan perkara tersebut.

“Bagaimanap­un, saya akan menyemak perkara tersebut,” katanya.

 ??  ?? VANDALISME: Lakaran simbol Nazi yang dibuat oleh sekumpulan individu.
VANDALISME: Lakaran simbol Nazi yang dibuat oleh sekumpulan individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia