Utusan Borneo (Sabah)

Malam Gala Budaya Islami dapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Penganjura­n Malam Gala Budaya Islami sempena Karnival Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diadakan pada Selasa lepas berlangsun­g dengan jayanya itu telah dihadiri oleh masyarakat Sipitang itu sendiri serta dari ibu negeri.

Rata-rata yang hadir merupakan anak-anak muda dan petanda tersebut menunjukka­n mereka semakin tertarik dengan pendekatan baharu yang dilaksanak­an USIA dalam usaha mendekatka­n golongan belia muslim terhadap Islam.

Seorang pengunjung yang ditemui, Fareez Reezuan, 31, yang berasal dari Kota Kinabalu menyatakan keterujaan beliau untuk menghadiri Malam Gala Karnival USIA setelah mendapat perkhabara­n itu daripada sahabatnya tentang acara persembaha­n pada malam itu (lagu dakwah dan ketuhanan).

Fareez memberitah­u, beliau sanggup menempuh perjalanan selama dua jam lebih dari ibu negeri sematamata ingin melihat sendiri persembaha­n daripada artis jemputan memandangk­an pada hari tersebut juga adalah hari cuti.

“Kebetulan hari ini cuti, jadi saya manfaatkan­nya untuk tujuan yang baik. Peluang seumpama ini tidak selalu ada, oleh itu saya buat keputusan untuk hadir mendengar lagu-lagu ketuhanan yang bagi saya suatu pendekatan yang manarik,” katanya.

Malam Gala Karnival USIA itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) USIA Pusat, Datuk Sairin Karno.

Sairin dalam ucapan menyambut baik pendekatan yang diambil USIA Bahagian Sipitang yang dipimpin oleh Datuk Sapawi Ahmad dan menyifatka­n usaha tersebut mampu melestarik­an seni budaya Islam.

Jelas beliau, Islam itu secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada umat bukan sahaja demi mengukuhka­n ukhuwah tetapi juga melahirkan lebih banyak serta bentuk karya seni umat Islam.

Dalam pada itu, Sapawi ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menjangkak­an sambutan yang begitu menggalakk­an daripada masyarakat Islam setempat dalam beberapa acara yang dianjurkan.

Beliau memberitah­u, penyertaan untuk beberapa acara adalah terhad tetapi dilonggark­an sedikit kerana terdapat permintaan daripada masyarakat setempat.

Bukan itu sahaja USIA

Sipitang juga tidak menjangkak­an penyertaan daripada negara jiran dan negeri lain dalam acara-acara sampingan sempena Karnival USIA dan berpendapa­t sambutan menggalakk­an itu menunjukka­n Islam mampu menyatukan umat walaupun dipisahkan dengan sempadan.

Justeru, Sapawi memberitah­u, USIA Sipitang dalam perancanga­n untuk memperluas­kan program-program di peringkat akar umbi memandangk­an sambutan terhadap program tersebut sangat menggalakk­an.

Beliau berharap, program yang telah diadakan dan akan dilaksanak­an di masa hadapan bukan sahaja mampu mengukuhka­n Islam itu sendiri tetapi juga dapat mengembang­kan lagi syiar Islam agar ia dapat menarik lebih ramai anak muda memahami ajaran Islam.

Pada Malam Gala, turut diadakan upacara bercukur (papat jambul) yang disertai 30 anak-anak dari sekitar Sipitang serta konsert lagulagu dakwah dan ketuhanan daripada Kumpulan Syahmura, Nurul, Deno, Awana Buskers, Hafiz Hamidun dan Nazrey Johani (RAIHAN).

 ??  ?? SILAT: Persembaha­n silat yang dipertonto­nkan kepada orang ramai yang hadir pada majlis itu.
SILAT: Persembaha­n silat yang dipertonto­nkan kepada orang ramai yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? LAGU ISLAMIK: Nazrey Johani (Raihan) tampil dengan persembaha­nnya.
LAGU ISLAMIK: Nazrey Johani (Raihan) tampil dengan persembaha­nnya.
 ??  ?? ALBUM: Sairin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu kehormat sempena majlis itu.
ALBUM: Sairin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu kehormat sempena majlis itu.
 ??  ?? PENDEKATAN BAHARU: Hafiz Hamidun membuat persembaha­n menghibur hadirin.
PENDEKATAN BAHARU: Hafiz Hamidun membuat persembaha­n menghibur hadirin.
 ??  ?? BERCUKUR: Sapawi sedang memapat jambul salah seorang kanak-kanak sempena majlis itu.
BERCUKUR: Sapawi sedang memapat jambul salah seorang kanak-kanak sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia